Salahkah jika kita
ultra Melayu?
Oleh Zaini Hassan
KELMARIN saya bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, setelah sekian lama tidak ketemu. Saya juga tidak mengunjungi ke rumah terbukanya baru-baru ini yang dihadiri ribuan orang. Maaf Tun!
Dulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri sering saya bertemu; sama ada dalam liputan berita, membuat liputan lawatan ke luar negara atau dalam wawancara khas dengan beliau. Pendek kata, kerjaya saya sebagai wartawan sebahagian besarnya ialah dalam era beliau. Beliau juga yang membentuk kewartawanan kami.
Sebagai wartawan kami tahu tabiat beliau, tingkah laku beliau dan sepak terajang politik beliau. Jangan bohonglah mengenai politik dengan beliau. Walaupun asas pelajarannya dalam perubatan, beliau ialah seorang ahli politik yang tiada tolok-bandingnya.
Dalam buku 24 Hours in Cyberspace, penulis buku itu menyifatkan Dr. Mahathir sebagai the most political savvy on earth atau seorang yang amat celik politik di atas muka bumi ini. Dalam konteks buku itu, Dr. Mahathir digambarkan seorang pemimpin yang mampu menggunakan kuasa politiknya untuk menjadikan Malaysia sebagai apa yang kita lihat pada hari ini.
Kuasa Internet dan Koridor Raya Multimedia mula dikenali di negara ini setelah dibawa masuk oleh Tun M.
Prof. Kisho Kurokawa, seorang arkitek tersohor Jepun yang mereka bentuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan beratus lagi struktur hebat dunia, dalam bukunya, The Philosophy of Symbiosis juga menyifatkan Tun sebagai arkitek terhebat yang lebih hebat daripada dirinya.
Benar, Tun Dr. Mahathir cukup teruja dengan teknologi. Pengalaman mengikuti beliau ke negara luar dulu, saya perhatikan beliau amat serius jika meneliti sesuatu teknologi baharu. Wajahnya akan berkerut memerhatikannya serta mendengar taklimat dengan cukup khusyuk.
Itulah Dr. Mahathir, yang semua orang mengenalinya.
Jika dulu saban tahun, saya bersama-sama teman-teman seperjuangan Utusan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarang, Khalid Mohd., mewawancara Tun secara eksklusif setiap kali menjelang Perhimpunan Agung UMNO setiap kali itu jugalah, kami semua pasti akan teruja dengan jawapan-jawapan yang diberikan.
Cakap beliau begitu teliti. Ayat-ayatnya tersusun rapi. Isu yang sukar, dipermudahkan dengan begitu senang. Bagi saya, Tun bukan sahaja seorang doktor, ahli politik malah pakar bahasa Melayu dan Inggeris yang juga hebat.
Soalan yang provokatif adalah soalan yang gemar ditanya, kerana jawapannya amat memberangsangkan. Kelmarin dalam usianya yang menjangkau ke-86 tahun, saya diberi peluang untuk mewawancara beliau sekali lagi dan kali ini untuk program TV1 Bicara Negarawan di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Wawancara itu dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Wawancara itu akan disiarkan pada hari Jumaat ini mulai pukul 10 hingga 11 malam.
Walaupun ia hanya memakan masa yang amat pendek iaitu sejam, namun sekali lagi jawapan-jawapan yang diberikan cukup hebat. Sehebat semasa kami mewawancara beliau dahulu.
Walaupun beliau tidak melihat terlebih dahulu soalan yang akan ditanya, namun jawapan spontannya lengkap. Semua jawapan berada di hujung jari beliau.
Melihatkan wajahnya yang cukup berseri, dan fizikalnya yang baik, semua tetamu kagum dengannya. Soalan pertama daripada rakan saya dari Bernama, Datuk Yong Soo Heong ialah mengenai rahsia beliau menjaga kesihatan. Sekali lagi beliau berkata jaga makan, jangan sampai gemuk...!
Isu calon boleh menang atau winnable candidate misalnya, digarap dengan begitu mudah. Adalah lebih baik mereka (yang bermimpi-mimpi mahu menjadi calon) memastikan parti akan mendapat kemenangan kerana hanya apabila parti menang dan mendirikan kerajaan barulah semua pihak dapat merasai kenikmatannya.
Beliau mengakui sukar untuk membetulkan keghairahan orang yang mahu menjadi calon. Dalam soalan lain, beliau turut meminta kerajaan mengubah pandangan dan fikiran mengenai cadangan untuk membawa masuk syarikat luar bagi bersaing dengan pengusaha tempatan, terutamanya dalam bidang minyak dan gas. Sebaliknya Tun mencadangkan peluang terus diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan.
Walaupun pendek, wawancara itu dijawab beliau dengan begitu mantap sekali.
Di atas pentas semasa wawancara selesai, saya sempat berbisik mengenai jualan terkini buku memoirnya: A Doctor In The House. Bagus, sudah terjual lebih kurang 90,000 naskhah. Difahamkan versi bahasa Mandarin yang baru dilancarkan juga sudah habis.
Versi Melayu katanya, dalam proses penyiapan. Saya jangka versi bahasa Melayunya juga akan menjadi goreng pisang panas apabila dilancarkan kelak.
Namun, saya agak kecewa kerana beberapa soalan lain gagal ditanya kerana kesuntukan masa.
Antara soalan itu: Tun merupakan Melayu pertama yang digelar sebagai ultra Melayu selepas dipecat daripada UMNO pada 1969. Mengapa agaknya? Dalam konteks sekarang adakah salah jika orang Melayu dikenali sebagai ultra dalam memperjuangkan haknya?
William Cheng, seorang ultra
Cina...?
TAIKUN besi The Lion Group, Tan Sri William Cheng dalam ruangan Bisnes Utusan Malaysia semalam mempertikai kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kedai itu yang mula mendapat sokongan rakyat kini dianggap oleh William boleh menjejas peruncit biasa, yang mungkin ditujukan kepada peruncit berbangsa Cina.
Kita semua tahu Kedai Rakyat 1Malaysia itu cukup hebat ideanya. Itulah kedai yang menjual barangan murah (konsep seperti pasar raya No Frills di Kanada) yang mampu dibeli rakyat marhain, yang rata-ratanya masih terdiri daripada orang Melayu dan India.
Selama ini pekedai-pekedai (yang dimaksudkan oleh William Cheng) menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.
Saudara saya yang menjalankan kedai runcit di Labu Besar, Kulim dan Tunjang, Jitra juga pernah mengadu, harga borong yang diperolehnya berbeza harga dengan pekedai lain yang sebangsa dengan pemborong itu. Jadi, peruncit Melayu itu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi.
Apakah William Cheng sedar perkara-perkara itu?
Dalam ulasannya mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia itu, beliau dipetik sebagai berkata, langkah (kerajaan) itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM).
Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.
Kata Cheng, harga produk di kedai 1Malaysia adalah 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh kedai runcit biasa.
Sekiranya perkara ini tidak dibendung, perniagaan kedai runcit (ahli-ahli ACCIM) akan terjejas.
Saya enggan komen panjang, biarlah pencetus idea hebat Kedai Rakyat 1Malaysia itu, iaitu Perdana Menteri sendiri menjawabnya.
Ini pula reaksi Ibrahim Ali,
seorang ultra Melayu...?
(DATUK Ibrahim Ali menghantar reaksi ini bagi menjawab kenyataan William mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia dan cadangan pemindahan Lion Group ke Indonesia. Saya siarkan penuh SMS keras beliau dengan suntingan).
Itulah gambaran golongan mereka yang sangat pentingkan diri dan kadang kala bersikap melampau.
Mereka hanya pentingkan segolongan peniaga, tapi bagaimana kepentingan orang ramai termasuk kaum Cina dan India yang berpendapatan rendah.
Nampaknya golongan ini langsung tidak ada pertimbangan wajar terhadap kepentingan majoriti rakyat.
Setiap hari dan masa ugut kerajaan. Mementingkan golongan peniaga kumpulan tertentu atau puak kapitalis minoriti yang kaya raya sahaja adalah satu langkah yang karut.
Oleh itu kerajaan mesti teruskan Kedai Rakyat 1Malaysia.
Cadangan Lion Group mahu pindah ke Indonesia adalah satu ugutan yang tidak perlu dilayan. Negara Malaysia bebas dan ada dasar serta undang-undang sendiri.
Kerajaan mesti melihat kepentingan negara dahulu sebelum kepentingan satu dua individu korporat yang tamak.
Kepentingan mereka lebih penting daripada kepentingan negara dan rakyat.
Baru-baru ini RIM melaporkan Malaysia terus menjadi destinasi pelabur gergasi dunia. Satu pergi banyak lagi yang akan datang. Yang penting kerajaan mesti TEGAS dan tidak mudah tunduk kepada ugutan.
Pada mereka, Dasar Affirmatif mesti ditolak, tapi Dasar Perlindungan untuk mereka mesti diteruskan. Betul-betul double standard dan bersifat jahat.
Umat Melayu Islam, bumiputera dan semua kaum yang daif mesti bersatu untuk mempertahankan kepentingan negara dan keharmonian hidup serta menentang dasar untuk kumpulan minoriti yang berpengaruh.
Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga makanan yang hanya mampu adakan gerai bergerak atau gerai tepi jalan untuk berniaga dengan harga barang melampau.
Apa tinggal untungnya. Sebab itu gerai tepi jalan terpaksa menjual nasi campur dengan harga RM5 untuk tengah hari.
Nak untung RM1 pun payah. Kalau 100 bungkus dapatlah RM100 sehari. Upah pembantu RM30 paling murah sehari untuk seorang. Petrol kurang-kurang RM20. Dapatlah RM50 bersih sehari. Sebulan RM1,500. Bayar van RM700. Sewa rumah atau bayar pinjaman rumah RM500. Baki RM300. Elektrik dan air RM100. Baki RM200.
Cukup ke tanggung anak sekolah rendah atau menengah?
Artikel : 14/9/2011
http://www.utusan.com.my/ utusan/ info.asp?y=2011&dt=0914&pub=Utu san_Malaysia&sec=Rencana&pg=re _06.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment