Oleh Muhammad Fathi Yusof
Jenayah
dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau al-Jarimah.
Perkataan al-Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang
dilarang dan merosakkan, samada tindakan itu ke atas badan, harta atau
sebagainya. Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan
menurut Syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah
qisas, hudud atau ta’zir.[1]
Takrif ini cuba membezakan kesalahan yang boleh dihukum dengan kesalahan yang
tidak boleh dihukum oleh pemerintah. Ini menjadikan skop jenayah adalah besar
kerana semua kesalahan yang boleh dihukum oleh pemerintah menurut syara’
dianggap sebagai jenayah.
Islam
menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak
Allah dan hak manusia atau makhluk lain. Islam memandang tinggi kemuliaan
agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Pencabulan kepada lima perkara ini adalah
jenayah yang perlu dihukum. Untuk menjadikan sesuatu tindakan itu dianggap jenayah,
ia perlu memenuhi elemen-elemen berikut:[2]
a.
Elemen perundangan iaitu peruntukan yang jelas melarang
tindakan jenayah itu dan menjadikannya sebagai kesalahan yang boleh dihukum.
b.
Elemen tindakan iaitu melakukan tindakan yang menjadi
kesalahan itu
c.
Elemen kelayakan iaitu melihat kepada umur, keupayaan,
dan tanggungan penjenayah berkenaan
Undang-undang Islam membahagikan
jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan kepada hukuman yang
dikuatkuasakan, iaitu seperti berikut:
a.
Qisas dan diyat iaitu hukuman berkaitan dengan hak
individu mangsa atau walinya. Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu
bersalah kerana membunuh, wali mereka boleh memilih samada untuk meneruskan
hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat atau memaafkannya.
b.
Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang
telah ditetapkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud melibatkan
kesalahan zina, qazaf, mencuri, hirabah, minum arak, dan murtad. Hukuman
hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat.
c.
Ta’zir iaitu hukuman selain dari hudud dan qisas. Hukuman
bagi kesalahan dibawah qisas ini ditentukan oleh pemerintah atau hakim sesuai
dengan suasana, penjenayah, kesalahan dan faktor lain.
Berikut adalah perbincangan secara
mendalam bagi setiap pembahagian jenayah seperti yang telah disebutkan
6.7.1
Qisas
dan diyat
Qisas
bermaksud pembalasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah.
Contohnya, bagi kesalahan bunuh dibalas dengan hukuman mati, bagi kesalahan
membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan mata dan seumpamanya. Qisas
berlaku dalam kes pembunuhan dan kes kecederaan atas anggota badan
Pembunuhan
(al-qatl)
Hukuman qisas bagi kes pembunuhan
adalah berasaskan firman Allah:
Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas
dalam kes pembunuhan, iaitu orang merdeka dengan orang merdekan, hamba dengan
hamba, wanita dengan wanita. Maka sesiapa yang mendapat pengampunan dari
sudaranya hendakla9yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik dan
hendaklah (yang dimaafkan) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan baik
juga. Yang demikian itu satu keringanan dari Tuhan kamu dan satu rahmat,
sesiapa yang melampaui batas selepas itu , maka baginya seksaan yang amat
pedih. Dan pada Qisas itu ada (jaminan penerusan) hidup, hai orang-orang yang
berakal, supaya kamu bertaqwa.[3]
Kebanyakan ulama membahagikan
pembunuhan kepada tiga iaitu pembunuhan dengan sengaja (qatl ‘amd),
pembunuhan serupa sengaja (qatl syibhu ‘amd) dan pembunuhan tidak
sengaja (qatl khata’). Setiap jenis pembunuhan ini dihukum dengan
hukuman yang berbeza.
1. Pembunuhan
sengaja (qatl ‘amd)
Pembunuhan sengaja ialah apabila
seseorang itu dengan sengaja dan dengan niat untuk mematikan seseorang hidup
yang tidak halal dibunuh dengan menggunakan alat, bahan atau cara yang
kebiasaannya boleh membunuh. Pembunuhan
sengaja ini berlaku apabila memenuhi syarat berikut:
a.
Tertuduh itu orang mukallaf, iaitu dewasa dan siuman.
b.
Orang yang dibunuh itu adalah manusia yang masih hidup
dan tidak halal darahnya.
c.
Alat, bahan atau cara yang digunakan itu kebiasaannya
boleh membunuh
d.
Pembunuhan
itu dilakukan dengan sengaja
e.
Kematian mangsa itu adalah akibat dari tindakan tertuduh.
Setelah memenuhi syarat di atas
seseorang itu boleh didakwa, dan jika dia didapati bersalah, hukuman qisas
boleh dikenakan ke atasnya. Hakim seterusnya akan menyerahkan hak qisas kepada
wali kepada si mati. Wali mempunyai pilihan iaitu samada melaksanakan qisas,
menerima diyat atau memaafkannya.
2. Pembunuhan serupa sengaja (qatl syibhu amd)
Imam Syafie mentakrifkan pembunuhan
serupa sengaja ini sebagai ‘pembunuhan yang berlaku dengan pukulan yang
disengajakan, tetapi tersalah pada kesan pembunuhannya, iaitu pukulan itu tidak
bertujuan untuk membunuh tetapi ia menyebabkan kematian. Imam Abu Hanifah pula
mentakrifkan pembunuhan serupa sengaja sebagai ‘pembunuhan yang menggunakan
selain dari besi tajam, buluh atau api atau yang seumpamanya. Pembunuhan dengan
tongkat, batu kecil atau besar dan menenggelamkan dalam air adalah pembunuhan
serupa sengaja.[4]
Kedua-dua takrif ini berasaskan pendekatan berbeza. Takrif pertama melihat
kepada niat pembunuh sementara takrif kedua menekankan soal alat yang digunakan
untuk pembunuh. Takrif pertama lebih baik kerana ia lebih luas dan turut
mencakupi takrif yang dibuat oleh Imam Abu Hanifah. Ini kerana alat pembunuhan
yang digunakan menunjukkan niat pembunuh itu.
Hukuman bagi pembunuhan serupa
sengaja ini telah disebut di dalam satu Hadith iaitu Rasulullah s.a.w.
bersabda:
Terjemahan: Ketahuilah bahawa pembunuhan serupa sengaja dengan cemeti,
tongkat atau batu padanya diat berat iaitu seratus ekor unta dan 40 ekor
daripadanya adalah unta betina yang berumur dari enam hingga sembilan tahun,
semuanya sedang bunting.
3. Pembunuhan
tidak sengaja (qatl khata’)
Pembunuhan tidak sengaja adalah
perbuatan yang menyebabkan kematian tetapi tidak dilakukan dengan niat
membunuh. Hukumannya adalah diyat sebanyak seratus ekor unta. Hukuman diyat ini
berasaskan firman Allah:
Terjemahan: Sesiapa yang membunuh orang beriman dengan tidak sengaja
maka dia perlu membebaskan seorang hamba dan membayar diyat kepada keluarga si
mati kecuali jika mereka (keluarga si mati) memaafkannya.
Kesalahan mencederakan anggota badan
Kesalahan mencederakan adalah
tindakan yang melukakan, mencacatkan, atau menyakitkan ke atas anggota atau
mana-mana bahagian badan. Ia juga dibahagikan kepada kecederaan dengan niat dan
kecederaan tidak sengaja. Hukuman
bagi kecerderaan adalah seperti berikut:
a.
Qisas iaitu hukuman kecederaan ke atas
anggota yang dicederakan. Hukuman ini dikenakan ke atas anggota yang mempunyai
sendi-sendi dan dapat dipastikan persamaannya seperti jari-jari tangan dan
kaki, mata, telinga, hidung, tangan, kaki, kemaluan lelaki dan gigi. Bagi
anggota lain, hukumannya diganti dengan diat kerana sukar untuk dipastikan
persamaannya.[5] Hukuman qisas ini dijatuhi ke atas
kecederaan secara sengaja.
b.
Diyat iaitu hukuman gantirugi atau denda
yang dikenakan sebagai gantirugi ke atas anggota badan yang dipotong atau
dilukakan oleh penjenayah. Diat dikenakan jika pesalah melakukan kesalahan
kecederaan tidak sengaja atau jika hukuman qisas tidak dapat dijalankan dengan
sebab-sebab tertentu seperti penjenayah sememangnya cacat, atau mangsa telah
memaafkannya dari pelaksanaan qisas. Kadar diyat ini ditetapkan berasaskan
anggota yang dicederakan contohnya 100 ekor unta bagi anggota yang tunggal
sepert lidah, kemaluan lelaki, 50 ekor unta pula didenda bagi anggota kembar
seperti telinga dan seterusnya. Kadar diyat juga boleh dikira berasaskan fungsi anggota
tersebut seperti 100 ekor unta untuk kehilangan fungsi pendengaran dari
kedua-dua telinga, dan kehilangan fungsi menghidu dan seterusnya. Diyat juga
boleh dilihat dari sudut kadar luka umpamanya luka yang mengena daging setelah
kulit (al-badhi’ah) diyatnya 3 ekor unta, luka yang masuk dalam daging (al-mutalahimah)
diyatnya 4 ekor unta, luka yang mematahkan tulang (al-hasyimah) diyatnya
10 ekor unta dan seterusnya.
Tegasnya hukuman qisas dalam kes
pembunuhan dan kecederaan menunjukkan keadilan Islam iaitu memberikan hukuman
setimpal dan sama dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman ini akan menjadikan
penjenayah akan lebih takut untuk melakukan jenayah, baik jenayah pembunuhan
atau kecederaan. Qisas tertakluk kepada hak mangsa kecederaan atau wali si mati
kerana fitrah manusia yang inginkan sesuatu kejahatan yang dilakukan ke atas
diri seseorang atau keluarganya dibalas dengan seadilnya. Cara ini dapat
mengelakkan dari berlakukan permusuhan dan pertentangan berlarutan akibat dari
jenayah yang berlaku. Hukuman diyat pula membuktikan betapa Islam mengutamakan
hubungan kemanusiaan sesama anggota masyarakat. Sikap bermaaf-maafan adalah
satu perkara yang amat di alu-alukan bagi memadam dendam yang berpanjangan.
6.7.2
Hudud
Hudud dari segi bahasa bermaksud
sempadan, had, halangan atau sekatan. Dari sudut istilah pula bermaksud hukuman
yang tidak boleh dipinda yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran dan Sunnah.
Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda,
ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.
Terdapat enam kesalahan hudud yang
disepakati oleh semua ulama, iaitu:
a.
Zina
b.
Qazaf (Menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi)
c.
Mencuri
d.
Hirabah
(rompakan)
e.
Minum
arak
f.
Murtad
Kesalahan
lain yang tidak disepakati oleh para ulama adalah pemberontakan (al-baghyu),
liwat, hubungan sex dengan haiwan, sihir, lari dari medan perang, dan beberapa
kesalahan lagi.
1. Zina
Zina
adalah persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang wanita yang bukan
pasangan suami isteri. Zina adalah perbuatan keji yang diharamkan. Semua
persetubuhan di luar perkahwinan adalah zina kecuali dalam kes wat’i syubhah
iaitu persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan
yang disangka adalah isterinya yang sah sedangkan perempuan tersebut adalah
orang lain. Wat’i syubhah juga berlaku apabila dia bersetubuh yang
seorang perempuan kerana perkahwinan yang disangkakan sah sedangkan perkahwinan
itu adalah tidak sah.
Sesuatu
kesalahan zina boleh disabitkan melalui cara iqrar atau pengakuan
penzina sendiri seperti yang berlaku dalam kes Ma’iz bin Malik dan kes
pengakuan zina oleh al-Ghamidiyah pada zaman Rasulullah dan kes pengakuan zina
anak kedua Sayyidina Umar bernama Ubaidillah atau Abi Shamhah, ketika dia
menjadi Khalifah. Menurut Abdul Rahman I. Doi, kebanyakan hukuman hudud yang
dijalankan pada zaman Rasulullah dan empat Khulafa al-Rasyidin dijatuhi
berasaskan kepada iqrar atau pengakuan.
Selain
dari itu zina juga boleh disabitkan melalui kesaksian empat orang saksi lelaki
Muslim serta mukallaf dan adil. Saksi itu juga menyaksikan kejadian zina iaitu
kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan perempuan secara jelas serta mereka
perlu memberikan kesaksian menggunakan
perkataan yang terus-terang bukan kiasan atau sindiran.
Hukuman
zina adalah berbeza mengikut status penzina. Penzina yang sudah berkahwin
secara sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu dikenali
sebagai ‘muhsan’. Penzina yang belum berkahwin atau sudah berkahwin
tetapi belum merasai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu, pesalah itu
dikenali sebagai ghairu muhsan atau bukan muhsan. Hukuman mereka
adalah seperti berikut:
a.
Bagi penzina bukan muhsan hukumnya adalah sebat
sebanyak seratus kali sebatan. Hukuman bagi wanita yang mengandung ditangguhkan
sehingga tempoh penyusuan amat. Hukuman
bagi penzina yang sakit ditangguhkan sehingga dia sembuh. Rotan yang
digunakan tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil iaitu lebih kurang satu
meter panjang dan satu sentimeter garis pusat. Sebatan dibuat pada merata-rata
tubuh kecuali muka, kepala, dada dan kemaluan. Sebatan mesti dilakukan secara
sederhana iaitu pegawai yang menjalankan hukuman tidak boleh mengangkat rotan
itu tinggi hingga ke paras kepalanya. Pesalah dihukum dengan memakai pakaian yang
nipis menutup aurat. Jika semasa sebatan dilakukan, pesalah itu didapati tidak
mampu menerima sebatan, maka atas pengesahan pegawai perubatan, sebatan itu
perlu ditangguhkan sehingga pesalah itu sembuh kembali. Bagi hukuman yang sabit
dengan iqrar atau pengakuan, pesalah boleh menarik balik iqrarnya
ketika hukuman dijalankan.
Hukuman ini
adalah ketetapan Allah berasaskan firmanNya:
Terjemahan:
Penzina wanita dan penzina lelaki hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan
dan janganlah perasaan belas kepada kedua-duanya menghalang kamu dalam
menegakkan agama Allah, jika sekiranya kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat.[6]
b.
Bagi penzina muhsan, hukumannya adalah rejam
dengan batu yang sederhana besar sehingga mati. Hukuman dilakukan secara
terbuka dan disaksikan oleh orang-orang
Islam. Hukuman bagi wanita yang mengandung dan orang sakit juga ditangguhkan
seperti dalam kes penzina bukan muhsan. Pesalah dikenakan pakaian yang menutup
aurat. Bagi pesalah yang sabit kerana iqrar, mereka boleh menarik balik iqrar
ketika hukuman berjalan.
Hukuman rejam ini
adalah ketetapan Allah seperti yang termaktub di dalam Sunnah Nabi S.A.W. di
antaranya:
1)Terjemahan:
Dari Abi Hurairah r.a.: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. ketika
baginda sedang berada dalam masjid. Dia memanggil Nabi lalu berkata: Ya
Rasulullah, saya telah berzina. Rasulullah tidak memandangnya, memalingkan diri
daripadanya. Orang itu mengulangi kata-kata itu sehingga empat kali. Maka
setelah ia mengaku sebanyak empat kali, Nabi memanggilnya dan berkata: Adakah
awak gila? Dia menjawab: Tidak. Rasulullah bertanya: Adalah engkau muhsan? Dia
menjawab: Ya. Maka Rasulullah besabda: Bawalah dia dan rejamkanlah dia, maka
kami pun merejamnya.[7]
2)Terjemahan:
Tidak halal darah seorang muslim kecuali karana salah satu dari tiga perkara:
kafir sesudah beriman, berzina sesudah ihsan (muhsan), membunuh nyawa bukan
kerana nyawa (qisas)
Hukuman zina hanya dikenakan jika ia
dilakukan secara sukarela. Jika ia dilakukan secara paksa atau dirogol maka ia dikecualikan
dari hukuman. Islam mengharamkan zina dan mengenakan hukuman keras ke atas
pelakunya kerana zina adalah perbuatan yang sangat jijik yang boleh meruntuhkan
institusi kekeluargaan dan moral masyarakat.
2. Qazaf
Qazaf bermaksud membuat tuduhan zina
terhadap seorang Islam yang akil baligh dan dikenali sebagai seorang yang
bersih dari perbuatan zina tanpa dibuktikan dengan empat orang saksi. Qazaf
boleh berlaku dengan membuat kenyataan secara jelas seperti mengatakan
seseorang itu telah berzina, atau dengan cara tersirat seperti menyatakan
bahawa seseorang itu bukan anak atau bukan bapa kepada seseorang yang tertentu.
Orang yang
melakukan qazaf disebat dengan 80 kali sebatan kecuali jika dia dapat membawa 4
orang saksi yang dapat mensabitkan kesalahan orang yang dikatakan berzina tadi
dengan kesalahan zina. Hukuman ini berasaskan kepada kepentingan kehormatan dan
maruah di kalangan masyarakat. Ia juga untuk memastikan tidak ada sebarang
tuduhan zina yang dibuat tanpa asas yang kukuh, kerana tuduhan zina itu suatu
yang amat memalukan dan boleh memporak-perandakan keharmonian keluarga.
Hukuman hudud ke atas pesalah qazaf
adalah satu ketetapan Allah berasaskan firmanNya:
Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh
wanita-wanita yang muhsanat(baik) dan kemudian mereka gagal membawa empat orang
saksi, maka sebatlah mereka dengan lapan puluh sebatan…[8]
3. Mencuri
Mencuri atau sariqah ditakrifkan
sebagai memindahkan dengan cara bersembunyi harta alih daripada jagaan atau
milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya dan perbuatan itu dilakukan dengan
niat untuk menghilangkan harta itu daripada jagaan atau milikan tuannya. Kecurian apak berlaku apabila memenuhi
syarat-syarat berikut:
- Nilai
harta yang dicuri itu mencukupi nisab iaitu ¼ dinar emas (9.36 gram emas)
atau tiga dirham perak.
- Harta
itu adalah bernilai menurut syara’, jadi mencuri arak, dadah dan
seumpamanya tidak dikenakan hukuman hudud.
- Harta
yang disimpan itu berada di tempat yang sesuai iaitu pemiliknya mengambil
langkah yang wajar untuk menjaga harta itu
- Tertuduh bukan pemilik penuh ke atas harta itu
- Kesalahan itu tidak dilakukan dalam keadaan amat
mendesak, seperti perang, kebuluran, penyakit dan bencana lam
- Pencuri itu bukan keluarga pemilik barang
- Tuan punya harta tidak menafikan tentang kecurian
itu walau pun pesalah mengakuainya
Hukuman bagi kesalahan mencuri
adalah potong tangan kanan iaitu di bahagian pergelangan tangan pada sendi yang
menyambungkan tapak tangan dengan lengan. Bagi kesalahan kedua, dikenakan
hukuman potong kaki kiri dipergelangan buku lali iaitu di bahagian tengah kaki,
manakala tumit kaki masih boleh digunakan untuk berdiri atau berjalan. Hukuman
ini berasaskan firman Allah:
Terjemahan:
Pencuri lelaki dan pencuri wanita, maka hendaklah dipotong tangan kedua-duanya
sebagai balasan atas apa yang mereka lakukan dan sebagai pengajaran yang dapat
mencegah dari Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.[9]
4. Hirabah
Hirabah adalah
perbuatan merampas harta orang lain dengan kekerasan atau ugutan oleh seseorang
atau kumpulan yang bersenjata atau alat yang boleh digunakan sebagai senjata.
Rompakan adalah satu jenayah yang besar dan bahaya. Oleh itu hukuman yang
dikenakan ke atas mereka mestilah berat dan keras. Berbeza dengan
pemberontakan, jenayah hirabah ini tidak dilakukan untuk tujuan politik tetapi
semata-mata untuk merampas harta dan merosakkan keamanan negara. Hukuman
hirabah ini berasaskan firman Allah:
Terjemahan:
Sesungguhnya balasan orang-orang yang yang memerangi Allah dan Rasulnya dan
berbuat kerosakan di atas muka bumi ini adalah agar mereka dibunuh ataudisalib
atau dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilangatau dibuang negeri…
Berdasarkan ayat ini, terdapat
percanggahan pendapat ulama berkaitan dengan hukuman kesalahan hirabah.
Al-Quran menyebut tiga bentuk hukuman iaitu: hukuman mati, hukuman salib,
hukuman potong tangan serta kaki secara bersilang dan buang negeri. Kebanyakan ulama menghuraikan hukuman
hirabah seperti berikut:
a.
dihukum
bunuh dan selepas itu disalibkan jika mangsa jenayah itu dibunuh dan hartanya
atau harta orang lain diambil
b.
dihukum
bunuh sahaja jika mangsa jenayah itu dibunuh dengan tiada sebarang harta
diambil
c.
dihukum potong tangan kanan dan kaki kiri, jika harta
diambil tanpa menyebabkan kematian atau
kecederaan mangsa
d.
hukuman buang negeri bagi pesalah yang hanya mengganggu
lalu-lintas sahaja
5. Syurb
atau Meminum arak
Syurb di sini
membawa maksud meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan. Arak adalah
ibu segala kejahatan dan ia boleh mendorong kepada jenayah-jenayah lain.
Hukuman bagi peminum arak adalah sebatan sebanyak 40 kali. Ada ulama yang
menetapkan sebatan sebanyak 80 kali. Kedua-dua pendapat ini berasaskan hadith
berikut:
Terjemahan:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa seorang peminum arak telah
dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. maka baginda memukulnya dengan pelepah
tamar sebanyak 40 kali. Kata Anas: begitulah juga dilakukan oleh Khalifah Abu
Bakar. Apabila zaman Khalifa Umar, beliau bermesyuarat bersama para sahabat
lalu Abdul Rahman bin Auf berkata bahawa, sekurang-kurangnya hukum hudud itu
adalah 80 kali sebatan. Lalu Umar mengarahkan hukuman 80 kali sebatan.[10]
Hukuman hudud ini dikenakan kalau
peminum itu meminumnya dengan sengaja dan mengetahui minuman tersebut adalah
arak. Tiada bukti yang menunjukkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
menetapkan alat-alat tertentu untuk menyebat peminum arak. Kadang-kadang
baginda menyebat dengan selipar, kadang-kadang dengan pelepah tamar,
kadang-kadang dengan rotan dan kadang-kadang dengan tangan dan selipar.[11] Kaedah
merotan dengan alat yang berbeza-beza ini menunjukkan betapa hukuman
undang-undang Islam tidaklah bersifat kasar dan keras seperti yang didakwa. Ia
jauh berbeza dengan cara sebatan yang digunakan dalam sistem hukuman yang
diperkenalkan oleh undang-undang Barat. Fakta ini menunjukkan bahawa tujuan
terpenting hukuman ini adalah untuk mendidik dan memberi peringatan kepada
pesalah tadi, bukan untuk menyeksa dan menyakitkannya. Apa yang penting
undang-undang Islam boleh menimbulkan rasa gerun kepada rakyat agar tidak
melakukan sebarang jenayah.
6. Riddah
Riddah atau irtidad
adalah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang mukallaf dengan
membatalkan Islam dan imannya iaitu keluar dari agama Islam samada dengan
perkataan, atau perbuatan. Orang yang keluar dari agama itu disebut sebagai murtad.
Jenayah adalah satu kesalahan yang besar terhadap agama, kerana ia menunjukkan
satu penghinaan terhadap agama dan kepada Allah.
Hukuman bagi kesalahan riddah adalah dibunuh sehingga
mati setelah diberi peluang bertaubat selama beberapa hari. Hukum ini
berdasarkan beberapa dalil antaranya:
1) Terjemahan
Hadith: Dari Ibn Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menukar
agamanya, maka bunuhlah dia[12]
2) Terjemahan
Hadith: Dari Ibn Mas’ud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Tidak
halal darah seorang muslim kecuali dalam salah satu dari tiga perkara: kafir
sesudah beriman, berzina sesudah muhsan dan membunuh jiwa tanpa jiwa.[13]
3) Terjemahan
Hadith: Dari Abu Burdah bahawa Mu’az bin Jabal datang menemui Abu Musa
Al-Asya’ai di Yaman, didapati ada seorang lelaki di sebelahnya. Mu’az bertanya:
Apa ini? Abu Musa menjawab: (Dia) seorang Yahudi memeluk Islam kemudiannya dia
kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendaki dia kembali kepada Islam semenjak-
perawi berkata: aku kira – dua bulan. Kata Mu’az: Demi Allah aku tidak akan
duduk sebelum, kamu penggal lehernya, lalu orang itu pun dipenggal lehernya.
Mu’az berkata: Allah dan RasulNya memutuskan bahawa sesiapa yang murtad dari
agamanya hendaklah kamu membunuhnya, atau baginda bersabda: Sesiapa yang
menukar agamanya hendaklah kamu membunuhnya.[14]
6.7.3
Ta’azir
Ta’zir
adalah hukuman yang tertakluk kepada budi bicara pemerintah, badan perundangan
atau hakim kerana hukuman bagi kesalahan ini tidak disebut di dalam al-Quran
atau Sunnah. Skop kesalahan ta’zir adalah luas kerana semua bentuk kesalahan
yang tidak tertakluk kepada hukuman qisas dan hukuman hudud adalah tertakluk
kepada hukuman ta’zir. Bentuk hukuman adalah berbagai-bagai dan tertakluk kepada
budi bicara pemerintah, badan perundangan atau hakim.
Ta’zir terbahagi kepada dua iaitu:
- Kesalahan yang termasuk dalam kategori kesalahan
hudud tetapi hukuman hudud tidak
dapat dilaksanakan kerana ia tidak memenuhi syarat pelaksanaannya. Syeikul
Islam Ibnu Taimiyyah menyebut: Maksiat-maksiat yang tidak dikenakan
hukuman had yang tertentu dan tidak pula dikenakan kifarat adalah termasuk
dalam ta’zir seperti orang yang mencium lelaki atau wanita ajnabi,
bercumbu-cumbuan, atau mencuri barang yang tidak diletakkan di tempat yang
wajar, atau barang yang dicuri tidak cukup nisab.
- Kesalahan yang selain dari kategori kesalahan hudud
dan qisas. Ia meliputi semua bentuk kesalahan samada kesalahan itu disebut
dalam al-Quran dan Hadith atau tidak. Ia juga mencakupi kesalahan terhadap
hak Allah, terhadap hak manusia atau hak kedua-duanya.
Sebahagian dari kesalahan ta’zir
disebut dalam al-Quran dan Sunnah, tetapi hukumannya tidak dinyatakan. Al-Quran
ada menyebut beberapa kesalahan tanpa menyebut hukumannya. Contohnya kesalahan
memakan makanan haram seperti bangkai, darah, daging babi dan daging yang tidak
disembelih secara sah[15], tidak
menunaikan amanah atau melanggar kontrak serta tidak menjatuhkan hukuman dengan
adil[16],
mengkhianati harta anak yatim[17], menipu
dalam sukatan atau timbangan[18],
mengenakan dan memakan riba[19],
menyembunyikan keterangan atau bukti[20], membuat
fitnah, menghina atau memburukkan nama seseorang[21],
melakukan rasuah[22], berjudi
dan menilik nasib[23] dan
banyak lagi.
Sementara hukuman ta’zir bagi kesalahan
yang tidak terdapat dalam al-Quran atau Sunnah adalah lebih luas kerana semua
bentuk pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan untuk maslahah umum boleh
dihukum secara taazir. Perkembangan hidup manusia yang semakin kompleks
menuntut agar pemerintah Islam sentiasa peka dengan keperluan undang-undang
untuk menjamin keharmonian dan kebahagiaan rakyat. Semua kesalahan seperti yang
melibatkan kesalahan lalu lintas, jenayah siber, jenayah bio-teknologi, jenayah
perdagangan, kesalahan yang melibatkan tempat awam, kesalahan yang melibatkan
alam sekitar dan hidupan liar dan banyak lagi adalah termasuk di dalam
kesalahan ta’zir.
Jenis-jenis hukuman ta’zir adalah
tidak terhad kerana ia bergantung kepada maslahah, bahkan pemerintah, badan
perundangan atau hakim boleh mengenakan apa sahaja hukum dengan syarat ia
setimpal dengan kesalahan dan menepati maslahah umum. Dalam sejarah Islam
terdapat beberapa hukuman yang pelik yang dilakukan oleh pemerintah dan hakim.
Contohnya Sayyidina Umar pernah menghitamkan muka orang yang membuat kesaksian
palsu dan orang itu dinaikkan atas binatang tunggangan secara tebalik. Walau bagaimanapun, hukuman yang biasa
dijatuhi adalah seperti berikut:
- Mencela iaitu kepada orang yang melakukan tindakan
yang tidak sopan. Abu Zar pernah mengaibkan seseorang, lantas Rasulullah
s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya engkau ini masih ada pada mu (saki-baki)
Jahiliyyah”.[24]
- Membuat
pengisytiharan kepada orang ramai
- Mengasingkan
pesalah dari masyarakat seperti hukuman Rasulullah ke atas Kaab bin Malik,
Murarah bin al-Rabi’ dan Hilal bin Umayyah al-Wafiqi yang tidak menyertai
peperangan Tabuk.
- Amaran
atau ancaman
- Tahanan
atau penjara
- Pukulan
dengan rotan
- Merampas
harta benda
- Denda
dengan wang atau harta
- Buang
negeri
- Pemusnahan
barang-barang
- Hukuman
mati
- Hukuman
bakar
- Memecat
jawatan
6.8 Perbezaan dengan undang-undang jenayah
sivil
Undang-undang
jenayah Islam mempunyai kelebihan tersendiri berbanding undang-undang jenayah
sivil yang kebanyakannya datang dari negara Barat. Di Malaysia umpamanya
undang-undang jenayah kebanyakannya diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan
(Akta 574) yang diceduk dari Kanun Keseksaan India. Kanun Keseksaan India ini
adalah sebenarnya berasal dari kaedah-kaedah perundangan Common Law England
yang dikumpulkan dan ditulis dalam bentuk akta atau Kanun. Selain Kanun
Keseksaan, undang-undang jenayah juga terdapat dalam akta-akta tertentu seperti
Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam 1967, Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1957, Akta Rahsia Rasmi 1983 dan lain-lain. Sementara
prosedur jenayah pula diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (NMB. Bab 6),
Akta Keterangan dan akta-akta berkaitan mahkamah.
Oleh
kerana sumber kedua-dua undang-undang ini adalah berbeza maka terdapat beberapa
perbezaan di antara undang-undang jenayah Islam dan undang-undang jenayah
sivil. Antara perbezaan di antara undang-undang jenayah Islam dan undang-undang
jenayah sivil adalah:
- Undang-undang Islam adalah dari Allah sedangkan
undang-undang sivil adalah ciptaan manusia. Allah yang memiliki segala
sifat kesempurnaan tentunya membuat undang-undang yang terbaik dan paling
sesuai untuk manusia. Bahkan manusia ini adalah ciptaan Allah, maka Allah
tentu Maha Mengetahui apakah undang-undang jenayah yang sesuai dengan
fitrah manusia. Undang-undang ciptaan manusia terdedah dengan seribu satu
kelemahan kerana ilmu dan kebolehan manusia adalah terhad. Tambahan pula
manusia sentiasa terpengaruh dengan keadaan persekitaran, latar belakang
keluarga, pendidikan, dorongan nafsu dan hasutan syaitan. Kerana itulah
undang-undang manusia sentasa berubah umpamanya dahulu homoseksual
dianggap sebagai satu jenayah, tetapi hari ini ia tidak lagi dianggap satu
kesalahan, bahkan ia diangkat sebagai satu amalan yang sah melalui
perkahwinan seperti yang diamalkan di negara-negara tertentu.
- Undang-undang jenayah Islam tidak terpisah dengan
aspek aqidah iaitu keimanan kepada perkara ghaib. Beriman dengan kebenaran
dan kehebatan undang-undang jenayah Islam adalah wajib kerana ia termaktub
di dalam al-Quran dan Sunnah. Demikian juga undang-undang Islam tidak
memisahkan soal pembalasan di dunia dengan pembalasan di akhirat. Unsur
kepatuhan kepada Allah, konsep pembalasan di akhirat, serta konsep dosa
dan pahala mendorong rakyat menjauhi jenayah. Ini kerana mereka bukan sahaja
takut kepada hukuman di dunia bahkan mereka lebih takut hukuman di akhirat
yang lebih dahsyat dan lebih lama. Oleh yang demikian mereka akan
mengelakkan diri dari melakukan jenayah dengan bersungguh-sungguh walau
pun jenayah itu boleh dilakukan di luar pengetahuan penguatkuasa
undang-undang. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar jenayah.
Begitu juga bagi yang terlanjur melakukan jenayah, mereka akan lebih
bersedia untuk tampil menyerahkan diri mereka untuk dihukum dengan
undang-undang Islam demi untuk mengelakkan hukuman di akhirat. Inilah yang
berlaku pada zaman Rasulullah, dan Khulafa’ al-Rasyidin. Berbeza dengan
undang-undang sivil yang langsung tidak ada hubungan dengan iman atau
aqidah. Keberkesanan undang-undang sivi bergantung sepenuhnya kepada
kekerasan undang-undang, penguatkuasaan dan pengawalan pemerintah.
- Ruang lingkup jenayah atau kesalahan dalam Islam
adalah lebih luas iaitu mencakupi kesalahan yang bersabit hak Allah, hak
manusia serta hak Allah bersama-sama hak manusia. Ini bermakna ia meliputi
berbagai bentuk kesalahan seperti yang berkaitan dengan kepercayaan atau
keimanan, umpamanya hukuman ke atas mereka yang murtad. Undang-undang
Islam juga menyentuh hukuman ke atas kesalahan berkaitan ibadat seperti
mereka yang meninggalkan solat, solat Jumaat, puasa pada bulan Ramadhan
dan haji. Undang-undang jenayah Islam juga amat menitik beratkan soal
akhlak seperti hukuman kepada mereka yang berzina, berkhalwat, berjudi dan
minum arak. Berbeza dengan hukuman jenayah sivil yang tidak menganggap
sesetengah jenayah seperti murtad, zina, meninggalkan solat, minum arak
dan judi sebagai satu jenayah. Ini kerana soal unsur-unsur iman, ibadat
dan akhlak tidak menjadi perkiraan yang penting bagi penggubal
undang-undang ini.
- Undang-undang
jenayah Islam mengutamakan aspek pencegahan melalui kaedah yang unik dan
amat menarik. Contohnya hukuman yang terdapat di dalam undang-undang Islam
seperti sebat dan rejam bagi penzina dilihat sebagai berat dan
menggerunkan oleh sesetengah pihak. Ini menjadikan rakyat takut untuk
melakukan jenayah zina. Sedangkan pensabitannya adalah sukar kerana
syarat-syarat untuk mensabitkan hukuman adalah amat ketat. Umpamanya ia
memerlukan empat saksi leleki yang tidak fasik yang melihat secara jelas
apa yang berlaku. Ini menjadikan jumlah sebenar yang dikenakan hukuman
yang dianggap berat ini adalah sedikit. Jika zina tidak dapat dibuktikan,
mereka mungkin dikenakan hukuman ta’zir yang lebih ringan. Bahkah pada
zaman Rasulullah s.a.w. dan Khulafa al-Rasyidin, hukuman hudud seperti
zina kebanyakannya disabitkan melalui iqrar atau pengakuan bukan
melalui empat orang saksi kesaksian. Begitu juga dalam Islam terdapat
hukum yang berbentuk pencegahan umpamanya pengharaman berdua-duaan bagi
lelaki dan wanita ajnabi bertujuan untuk mengelakkan zina, pengharaman
arak untuk mengelakkan jenayah yang lebih besar seperti membunuh dan
lain-lain. Konsep pencegahan begini tidak diambil berat oleh undang-undang
jenayah sivil, kerana ia lebih menumpukan kepada kepada aspek menghukum
dan membalas.
- Undang-undang jenayah Islam tidak dapat dipisahkan
dari konsep menyeru kepada kebaikan dan mencegah perbuatan munkar (al-amr
bil makruf wa al nahyi anil munkar). Konsep ini banyak membantu
mengurangkan jenayah. Islam bukan sahaja mengarahkan kejahatan diperangi
bahkan menyeru agar kebaikan disebarluaskan. Mereka yang biasa dengan
amalan kebaikan dan ibadat akan terhindar dari melakukan kemunkaran dan
jenayah. Umpannya ibadat solat yang disebut oleh Allah sebagai ibadat yang
dapat mencegah munkar. Ibadah puasa pula disebut oleh Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai amalan yang dapat mengekang hawa nafsu
syahwat. Begitu juga dengan amalan makruf yang lain. Konsep al-amr bil
makruf wa al nahyi anil munkar ini mengajak seluruh rakyat terutamanya
umat Islam untuk bersama-sama membenteras jenayah. Bahkan, mereka juga
dibenarkan untuk membuat tangkapan jika mempunyai asas kukuh. Kewujudan
Badan Hisbah selaku badan rasmi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk
melaksanakan konsep al-amr bil makruf wa al nahyi anil munkar ini
juga dapat membantu mengurangkan jenayah. Dengan cara ini para penjenayah
akan lebih berhati-hati dalam segala tindakan mereka. Konsep ini tidak ada
dalam undang-undang jenayah sivil. Pihak penguatkuasa seperti polis
biasanya akan hanya mengambil tindakan selepas terdapat laporan berkaitan
jenayah dibuat.
- Undang-undang jenayah Islam amat berhati-hati dalam
soal mensabitkan seseorang dengan hukuman jenayah. Umpamanya dalam kes
hudud, pensabitannya adalah amat berat. Contohnya, bagi kes kecurian,
harta yang dicuri itu mesti disimpan ditempat yang sesuai, dan tidak
berlaku masalah yang mendesak seperti perang, kebuluran dan mala petaka.
Begitu juga dalam kes zina yang disabitkan dengan iqrar atu kesaksian oleh
emapat lelaki yang melihat kejadian secara jelas ibarat melihat timba
masuk ke dalam perigi. Jika gagal membawa empat saksi, orang yang yang
membuat tuduhan itu pula akan didakwa melakukan kesalahan qazaf.
Syarat saksi dalam undang-undang Islam pula amat ketat. Seseorang saksi
mestilah adil iaitu tidak fasik. Terdapat proses penapisan saksi yang
disebut sebagai ‘tazkiyah al-syuhud’. Jika didapati saksi itu
pernah melakukan dosa besar selalu melakukan kejahatan mempunyai akhlak
yang keji, maka kesaksiannya boleh dipertikai. Dalam undang-undang jenayah
sivil, soal akhlak dan perangai saksi tidak diambil kira dalam menentukan
kesahihan keterangannya.
- Undang-undang jenayah Islam tidak membenarkan
pemerintah menahan seseorang tanpa dibawa kemuka pengadilan dan didakwa
menurut prosedur yang sah. Islam menjunjung tinggi konsep bahawa ‘pada
asalnya seseorang itu tidak bersalah’ (al-aslu bara’ah al-zimmah).
Tahanan tanpa bicara dianggap satu kezaliman dalam Islam walau dengan apa
alasan sekali pun. Jika seseorang itu dikatakan melakukan jenayah, maka
perkara jenayah itu perlu dibuktikan oleh pendakwa di hadapan hakim di
mahkamah. Beban bukti terletak pada pendakwa. Jika tiada bukti bahawa
tertuduh itu melakukan jenayah, maka tertuduh itu perlu dilepaskan dan dia
bebas dari tuduhan itu. Dalam undang-undang jenayah sivi, terdapat
peruntukan yang membenarkan tahanan tanpa bicara yang disebut sebagai
tahanan pencegahan atau preventive detention. Contohnya Akta
Keselamatan Dalam Negeri membenarkan seseorang yang disyakki menjejaskan
keselamatan awam ditahan selama 60 hari tanpa bicara untuk siasatan.
Seseorang yang pada pendapat Menteri Dalam Negeri boleh menjejaskan
keselamatan awam pula boleh ditahan selama dua tahun. Mereka boleh ditahan
tanpa dibicara di mana-mana tribunal atau mahkamah.
- Undang-undang Islam memperuntukkan pelbagai bentuk
hukuman yang mempunyai kesan yang mendalam. Bagi hukuman hudud terdapat
hukuman rejam sampai mati, sebatan, hukuman mati, potong tangan. Potong
kaki, salib, dan buang negeri. Bagi kesalahan qisas, terdapat hukuman qisas
iaitu balasan yang sama dengan jenayah iaitu nyawa dengan nyawa, mata
dengan mata, telinga dengan telinga dan seterusnya, serta hukuman diyat
iaitu gantirugi dengan kadar yang berbeza. Hukuman takzir pula amat luas
dan boleh dikenakan mengikut maslahah, keperluan dan kebijaksanaan
pemerintah, badan perundangan serta hakim. Sementara dalam undang-undang
sivil, hukumannya yang utama hanyalah hukuman mati, penjara, sebat dan
denda. Walau pun terdapat hukuman lain seperi jaminan perkelakuan baik,
gantirugi, dan arahan untuk remaja, hukuman yang utama adalah hukuman
mati, penjara, denda dan rotan. Di antara keempat-empat hukuman ini pula
hukuman yang paling banyak adalah hukuman penjara. Boleh dikatakan hampir
semua bentuk kesalahan jenayah boleh dihukum dengan hukuman penjara.
Kesalahan-kesalahan utama dan berat seperti membunuh, rogol, menculik,
merompak dan seumpamanya boleh dihukum dengan hukuman penjara. Begitu juga
dengan kesalahan kecil seperti kesalahan lalu-lintas, kesalahan berkaitan
pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.
Sedangkan penjara boleh membawa kepada berbagai keburukan seperti
ia boleh menjadi tempat latihan jenayah di samping pusat pengedaran dadah
dan perbuatan tidak bermoral. Penjara juga menyebabkan isteri, anak-anak
dan keluarga terpaksa menanggung malu dan beban ekonomi akibat dari
kesalahan penjenayah. Mereka yang keluar dari penjara biasanya disisihkan
oleh masyarakat dan ada yang kembali melakukan jenayah.
- Perbezaan terakhir iailah dari sudut keberkatan.
Keberkatan adalah satu perkara yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera
tetapi ia terbukti melalui janji Allah dan Rasulnya serta peristiwa yang
berlaku. Allah menjamin keberkatan dengan pelaksanaan hukum Islam termasuk
undang-undang jenayah. Pelaksanaan undang-undang Islam pasti dapat
mengurangkan kadar jenayah dan mewujudkan keharmonian di kalangan
masyarakat. Berbeza dengan undang-undang sivil ciptaan manusia yang
dianggap bertentangan dengan undang-undang Islam. Ia gagal menimbulkan
rasa takut dan gerun walau pun hukuman yang dikenakan adalah berat.
Umpamanya hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah tidak
berjaya mengurangkan jenayah berkenaan. Begitu juga dengan kesalahan jenayah yang lain.
6.9 Pelaksanaan
undang-undang jenayah Islam
Undang-undang
jenayah Islam adalah undang-undang yang sesuai untuk semua masyarakat pada
semua zaman. Ia juga undang-undang undang-undang yang sesuai dengan
fitrah kejadian manusia. Apa yang lebih penting undang-undang jenayah Islam
wajib diamalkan oleh mereka yang beriman. Antara dalil yang menunjukkan
kewajipan tersebut adalah ayat-ayat Al-Quran berikut:
1)Dan hendaklah
kamu berhukum antara manusia dengan hukum yang diturunkan oleh Allah dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kamu, dan berhati-hatilah kamu terhadap
mereka kalau-kalau mereka menggelincirkan kamu daripada sebahagian dari apa
yang telah Allah turunkan kepadamu. [25]
2)Sesungguhnya
kami telah turunkan kepada kamu (ya Muhammad s.a.w.) akan kitab (al-Quran)
dengan sebenarnya supaya kamu menghukum manusia dengan apa yang telah dinyatakan
oleh Allah maka janganlah kamu menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.[26]
Terdapat banyak lagi ayat al-Quran
dan Sunnah yang menunjukkan kewajipan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam
iaitu qisas, hudud dan ta’zir ini. Hukum ini berkekalan sampai hari kiamat.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, Khulafa al-Rasyidin dan para khalifah
berikutnya melaksanakan undang-undang ini, sehinggalah jatuhnya kerajaan atau
khilafah Islam. Malah kerajaan empayar Melaka dan negeri-negeri lain juga pernah
melaksanakan undang-undang jenayah Islam ini. Tiada siapa yang berhak
memansuhkan hukuman ini. Ada yang mengatakan Sayyidina Umar pernah memansuhkan
hukuman potong tangan ke atas pencuri pada tahun kelaparan. Dakwaan ini adalah
satu fitnah yang besar ke atas sahabat yang dijamin syurga ini. Apa yang
berlaku ialah pencuri tidak dihukum kerana tiada keterangan yang mencukupi
untuk disabitkan bersalah.[27]
Hadith-hadith yang mengatakan Sayyidina Umar menangguhkan pelaksanaan hukum
potong tangan bagi pencuri pada tahun kelaparan adalah hadis daif.[28]
Ada yang mengatakan pelaksanaan
hukum jenayah Islam perlu ditangguhkan untuk mengelakkan tekanan ekonomi akibat
ketiadaan pelabur asing. Alasan ini tidak berasas kerana pelaksanaan hukum
Islam dibuat secara adil mengikut kehendak Allah. Hasil dari pelaksanaan hukum
Islam negara akan menjadi aman dan tenteram serta jenayah dapat dikurangkan
pada tahap yang sangat minimum. Perkembangan ini tentunya akan menambahkan lagi
tarikan pelabur untuk melabur di dalam negara pengamal undang-undang jenayah
Islam ini. Tambahan pula pelabur yang datang tidak perlu takut kerana mereka
datang bukan untuk melakukan jenayah tetapi untuk menanam modal.
Terdapat juga pihak yang ingin
mengelakkan dari pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dengan alasan bahawa
keadaan rakyat yang belum menghayati Islam sepenuhnya serta banyaknya perkara
munkar, menjadikan undang-undang Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan.
Pelaksanaan undang-undang Islam tidak tertakluk kepada syarat bahawa semua rakyat
telah menghayati Islam terlebih dahulu. Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam
adalah bertujuan untuk menghapuskan atau mengurangkan kadar jenayah. Ia sesuai
dilaksanakan dalam semua keadaan. Undang-undang jenayah yang ada pada hari ini
terbukti gagal untuk menghapuskan jenayah. Fakta menunjukkan bahawa purata
kadar peningkatan jenayah di Malaysia bermula dari tahun 1994-1998 telah
menjangkau sebanyak 9.5% setahun sebagaimana yang dilaporkan oleh Polis DiRaja
Malaysia. Keadaan ini jauh berbeza dengan kadar pertumbuhan penduduk Malaysia
sekitar 2.53% sahaja sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia. Jika perkembangan ini dibiarkan berterusan, keselamatan rakyat dan
keamanan negara semakin lama semakin terancam.
Bagi mengatasi masalah ini, undang-undang jenayah Islam perlu kembali
dikuatkuasakan sebagaimana yang pernah diamalkan oleh Empayar Melaka dan
negeri-negeri Melayu. Sepatutnya situasi rakyat yang tidak menghayati Islam
sepenuhnya dan banyaknya munkar menjadi faktor pendorong untuk menguatkuasakan
undang-undang jenayah Islam, bukannya faktor untuk tidak melaksanakannya
seperti yang didakwa oleh sesetengan pihak. Jika kita ingin menunggu seluruh
masyarakat menjadi ‘baik’ semuanya tanpa pelaksanaan undang-undang jenayah
Islam, sehingga kiamat pun kita tidak akan berjaya. Ini kerana undang-undang
jenayah Islam adalah pelengkap kepada proses islah atau tajdid
iaitu proses untuk merubah masyarakat ke arah kebaikan. Usaha pendidikan,
pembangunan institusi keluarga, pembangunan sosial dan dakwah tidak akan
berjaya sepenuhnya tanpa penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam seperti
yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.
Di samping itu, terdapat juga
suara-suara yang mengatakan bahawa undang-undang jenayah Islam tidak dapat
dikuatkuasakan kerana rakyat masih jahil dengan undang-undang tersebut. Islam
sebenarnya tidak mensyaratkan semua rakyat memahami sesuatu undang-undang
sebelum pelaksanaannya. Bahkan dalam mana-mana sistem perundangan dalam dunia
tidak terdapat Parlimen atau Badan Perundangan yang mensyaratkan kefahaman
rakyat sebelum sesuatu undang-undang diluluskan. Di Malaysia sahaja terdapat
lebih kurang 600 akta dan beribu-ribu undang-undang kecil serta bermacam-macam
peraturan. Tidak ramai rakyat memahami kesemua undang-undang tersebut. Parlimen
tetap meluluskan semua undang-undang walau pun ia belum difahami sepenuhnya
oleh rakyat. Undang-undang jenayah Islam seperti hudud, qisas dan ta’zir
sebenarnya undang-undang yang sedia diketahui oleh rakyat terutamanya umat
Islam kerana ia terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith yang menjadi bacaan
harian umat Islam. Ia juga diajar di masjid-masjid dan surau-surau. Terdapat
banyak buku dalam pelbagai bahasa yang menghuraikan tentang hukum jenayah Islam
ini. Jika ada yang belum memahaminya sekali pun ia boleh diketahui dan difahami
dengan mudah. Oleh yang demikian tiada sebab umat Islam menolak pelaksanaan
undang-undang jenayah Islam kerana alasan kejahilan masyarakat.
Undang-undang jenayah Islam ini
sesuai untuk semua masyarakat. Namun begitu ada yang menyatakan undang-undang
ini tidak sesuai dijalankan di sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum. Sebenarnya ini bukan satu alasan yang kukuh kerana kerajaan
Islam yang dipimpin oleh Rasulullah di Madinah juga adalah masyarakat berbilang
kaum dan agama yang turut didiami oleh orang Yahudi di samping umat Islam.
Al-Qurtubi menjelaskan bahawa terdapat perbezaan pendapat ulama berkaitan
kedudukan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam ke atas bukan Islam.
Sebahagian ulama seperti Imam Malik dan al-Syafie berpendapat bahawa mereka
diberi pilihan samada mahu dihukum dengan hukum jenayah Islam atau tidak.[29] Jika
pandangan ini diambil, tidak timbul soal masyarakat berbilang kaum dan agama
sebagai penghalang kepada pelaksanaan undang-undang jenayah Islam. Jika mereka
tidak mahu memilih undang-undang jenayah Islam mereka boleh diadili dan dihukum
mengikut undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan.
Tegasnya undang-undang jenayah Islam
adalah undang-undang yang dikurniakan kepada manusia sebagai rahmat dari Allah.
Undang-undang ini sesuai dengan naluri manusia yang begitu kompleks dan sukar
dijangkakan. Pelaksanaan undang-undang Islam akan membawa kejayaan bukan sahaja
di dunia bahkan juga kejayaan di akhirat.
[1]
Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sutaniyyah, ms.192
[2]
Anwarullah, Criminal Law of Islam, A.S.Noordeen, Kuala Lumpur , 1997, ms.3-4
[3] Surah
al-Baqarah:178-179
[4] Abdul
Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, Al-Hidayah Publisher,
Kuala Lumpur, 1997, ms. 187
[5] Abdul
Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, ms. 194
[6] Surah an-Nur: 2
[7] Hadith Muttafaq ‘alaihi
[8] Surah al-Nur:4
[9] Surah al-Ma ‘idah: 38
[10] Muttafaq ‘alaihi
[11] Abdul Ghani Azmi b. Idris, Mengenal
Qanun Jenayah Islam, ms. 56
[12] Riwayat Bukhari dan Abu Dawud
[13] Hadith Muttafaq ‘alaihi
[14] Riwayat Ahmad
[15] Surah al-Baqarah:173
[16] Surah al-Nisa’:58
[17] Surah
al-Nisa’:2
[18] Surah
al-Mutaffifin: 3
[19] Surah
al-Baqarah:275
[20] Surah
al-Hajj: 30
[21] Surah
al-Hujurat: 11
[22] Surah
al-Baqarah:188
[23] Surah
al-Ma’idah: 90
[24] Maksud
hadith riwayat al-Bukhari
[25] Surah
al-Maidah:29
[26] Surah
al-Nisa’:105
[27] Abdul
Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, ms. 263
[28] Abdul
Ghani Azmi b. Idris, Mengenal Qanun Jenayah Islam, ms. 264
[29]
Al-Qurtubi, Tafsir al-Qurtubi, Bab 6, ms. 184
Tujuan Hukuman Hudud,
Qisas, Diyat dan Ta'zir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:
1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia."
(Riwayat
Bukhari)
2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)
3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .
4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku.
Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang
berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama
setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak
seratus kali sebat dan direjam."
(Riwayat
Muslim dan Abu Daud)
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka
(hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang
mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan
(ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah
Al-Ma'idah: 38)
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar."
No comments:
Post a Comment