Sunday, October 16, 2011

100 TOUCH POINTS BELANJAWAN 2012

“DASAR TRANSFORMASI RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

MELIGATKAN PELABURAN

1. Meliberalisasi 17 lagi subsektor perkhidmatan (pendidikan, kesihatan dan perundangan)

2. Perlaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 billion (2012: RM49.2b; 2013: RM49.2b)

3. Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM 50 juta ke atas

4. Dana Mudahcara Perkongsian Awam – Swasta (PPP) – RM2.5 billion

5. Pembangunan Lima Wilayah Koridor – RM978 juta

6. Pakej Rangsangan Khas – RM6 billion

MEMPERGIATKAN PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)

7. Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 billion – Kerajaan menanggung 2% dari kadar keuntungan

8. Dana Inovasi Pengkomesialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% dari kadar keuntungan

9. Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan.

10. Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membantu PKS yang terlibat dengan bencana alam

MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI

(TAHUN 2012 – TAHUN GERAKAN INOVASI NASIONAL)

11. Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah/IPTA

12. Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru

13. Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia

14. Program realiti dan dokumentari di media

15. Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)

16. Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru

17. Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum

PENDIDIKAN

18. Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 billion

19. Pemansuhan bayaran tambahan: RM24.50 sekolah rendah & RM33.50 sekolah menengah

20. Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh Negara

21. Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA/IPTS, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 diseluruh Negara.

22. Potongan cukai pendapatan ke atas sumbangan bagi menambah baik kemudahan sekolah

PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR

23. Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) – RM 1 billion

24. Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak

25. Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan professional berjumlah RM100 juta secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%

26. Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh Negara – RM110 juta

27. Pembangunan infrastruktur asas luar Bandar, RM5 billion (bekalan air, elektrik, rumah & jalanraya)

28. Projek Penyelewengan Awam-Asas (PIA-PIAS) – RM500 juta

29. Projek Infrastruktur Bekalan Air

· Sabah- membekal kemudahan tangki air (RM50 juta)

· FELDA – menaiktaraf kemudahan bekalan air bersih (RM400 juta)

· Ladang Estet – penyambungan paip & pemberian tarif domestik (RM50 juta)

30. Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN bagi tempoh 3 tahun

31. Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan kepada pengusaha bas (RM150 juta dibawah SME Bank)

32. Kebajikan Orang Asli – pembangunan & pemindahan penduduk Sg Ruil (RM110 juta)

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT

33. Skim Rumah Pertamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah dari RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri

34. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang

35. Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayaan patuh syariah untuk rumah bernilai RM600 ribu ke bawah

36. Meneruskan Program Perumahan Rakyat – 15,000 unit rumah (RM443 juta)

37. Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi RM20,000 bagi setiap rumah (kos seunit rumah: RM65,000; dijual RM45,000)

38. Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan – RM300 juta

PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

39. Membina dan menaiktaraf hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia

40. Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya & menaiktaraf HKL

41. Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah & pemberian Elaun Khas (RM600 sebulan)

42. Menaikkan elaun on-call semalaman bagi Pakar & MO (RM30 hingga RM80)

MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA

43. Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan

44. Perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM 50 juta)

45. Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 billion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro (termasuk kaum India, RM 100 juta; kaum Cina RM100 juta)

46. Membina Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur – RM 700 juta

ANJUNG SINGGAH

47. Menyediakan pusat khidmat bantuan social yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan

YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN

48. Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada meraka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi

BELIA PENGGERAK MASA DEPAN

49. Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda dalam industry kreatif – RM 200 juta

50. Program Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) – latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian (RM200 juta)

51. 150 gelanggang futsal tambahan di seluruh Negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim

52. 30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah – RM 50 juta

MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA

53. Dana Mudahcara Bumiputera – RM300 juta

54. Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi

55. Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – RM 200 juta

PENDAFTARAN AWAL HAJI

56. Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan (RM1,300) Akaun 2 pencarum KWSP

MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT

57. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah

58. Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 billion

59. Penerusan subsidi bil elektrik bawah RM20

60. Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah – RM40 juta

61. Membuka 30 unit Agribazaar Kedai Rakyat diseluruh Negara

62. Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia

63. Memperbanyakkan program lading kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat

64. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) – RM1.2 billion

MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN

65. Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan

66. Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik

67. Memansuhkan cukai jualan ke atas teksi bajet persendirian

68. Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan

69. Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7 – 10 tahun/ RM1,000 lebih 10 tahun)

70. Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet – RM 7, 560

SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA

71. Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini dijangka member pulangan bersih yang menarik

MENGHARGAI JASA WARGA EMAS

72. Percuma caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan

73. Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM – SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

74. Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy

75. Menambah baik struktur gaji penjawat awam

· Kenaikan antara 7 hingga 13 peratus

· Kenaikan Gaji Tahunan penajwat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred

76. Menambah baik skim perkhidmatan mengikut system time-base

· Guru gred 48 – SSM (tahun ke – 20 tahun ); SBPA ( tahun ke – 16)

77. Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun

78. Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

79. Bantuan yuran pengajian – Ijazah Sarjana Muda (20,000 tempat), Ijazah Sarjana (5,000 tempat) dan PHD (500 tempat)

80. Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera

PESARA KERAJAAN DAN BEKAS PEGAWAI KONTRAK

81. Pesara Kerajaan

· Menikmati pelarasan pencen

· Bayaran Khas RM500 kepada Pesara Kerajan

· Menikmati kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saran atau pelarasan gaji

82. Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

83. Bayaran Khas RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas & polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan Negara semasa zaman darurat

84. Program latihan untuk bekas tentera tanpa pencen bagi menceburi bidang perniagaan

MENINGKATKAN SIMPANAN PERSARAAN

85. Caruman kebajikan kepada KWSP akan dinaikan dari 12% kepada 13% bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 ke bawah

INSENTIF PERCUKAIAN

~ INDUSTARI PERBANKAN & KEWANGAN & PELABURAN

86. Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun.

87. Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman oleh Pusat Pengurusan Perbendaharaan

88. Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan oleh Pusat Pengurusan Perbendaharaan

89. Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumput (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun

90. Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD

91. Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012 dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urusniaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama 3 tahun lagi

92. Pelanjutan selama 5 tahun labi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabut institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)

93. Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi

94. Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hybrid

95. Insentif percuakain untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans

96. Member Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia

97. Mengkaji semula kadar RPTG bagi membendung RPTG spekulasi dalam pasaran hartanah

· Tempoh pegangan sehingga 2 tahun : kadar RPTG 10%

· Tempoh pegangan melebihi 2 hingga 5 tahun : kadar RPTG 5%

· Tempoh pegangan melebihi 5 tahun : kadar RPTG 0%

98. Perkhidmatan reka bentuk industry diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun

~ INSENTIF PENDIDIKAN

99. Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pendapatan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun

100. Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insane berkemahiran tinggi potongan 2 kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program intership.

Sumbangan: Kementerian Kewangan

No comments: