Monday, October 17, 2011

SYARAT PERLAKSANAAN HUDUD

syarat perlaksanaan hudud

Karim Latif

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tindak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

    • Fitri Fit sayangku Emma Harith,,,salam aling
      22 hours ago ·
    • Ali Al-Hadi arab saudi ada glngan Kristian.blh laksanakan jgk pn hdud.
      22 hours ago ·
    • Emma Harith Ali...sila baca dahulu dn bandingkan saudi dgn malaysia...
      22 hours ago ·
    • Emma Harith salam FF...tak perlulah sayang dn laling..panggil KAK EMMA...
      22 hours ago ·
    • Ali Al-Hadi dah bca pn.zman nabi ada nsrani,yhudi.tpi lksanakan jgk hdud.apa syarat2 yg x mncukupi?
      22 hours ago · · 4 people
    • Emma Harith Ali...berikan saya seorang shj..yg anda rasa benar2 layak untuk jadi saksi...
      22 hours ago ·
    • Emma Harith Ali...anda tak baca rupanya...berkaitan dng saksi, dn syubhah...
      22 hours ago ·
    • Fitri Fit nak sayang jugak,,,tak mau kak,,,sayang jugak
      22 hours ago ·
    • Ali Al-Hadi jika x de saksi,brmkna,seseorg tu x brsalah la.klau ada sksi trbukti brsalah la.ape mslah nyer?
      22 hours ago · · 1 person
    • Emma Harith TAK NAK !!!
      22 hours ago ·
    • Fitri Fit ‎:(
      22 hours ago ·
    • Emma Harith saya tanyakan kpd anda...tentang kwibawwan saksi..ada atau tidak ?
      22 hours ago ·
    • Emma Harith maksud anda, jika tiada saksi maka penjenayah boleh terlepas?
      22 hours ago ·
    • Ali Al-Hadi knape nikah khwin guna syariah,pmbhagian hrta guna syariah.eknmi guna muamalat,undng2 x guna syariah.nape ye?pguam syariah rmai yg pakar,msti dia lbih bijak lgi menilai saksi yg adil atau tidak.
      22 hours ago · · 2 people
    • Emma Harith krn itu saya sebutkan bkenaan saksi...jika tiada saksi bagaimana?..
      22 hours ago ·
    • Ali Al-Hadi ya la,saksi x de,mmang blh lpas la.mna2 undg2 pn msti ada bkti.
      22 hours ago · · 1 person
    • Ahmad Muda Ahmad laksanakan dulu...jika kamu membantu agama ALLAH necscaya ALLAH akan membantumu...tu x yakin lagi ker?
      22 hours ago · · 1 person
    • Emma Harith jika didapati saksi tersebut tidak layak bagaimana kes tersebut mahu disabitkan?
      22 hours ago ·
    • Fitri Fit berlandaskan Syariat lah sayang,,,jgn kita cuba nak pertikai hukum yang termaktub dlm kita suci agama kita sayang,,,maaf yew sayang,,,sayang sayang awk
      22 hours ago · · 1 person
    • Ida Sofia hehehehe Fitri Fit
      22 hours ago · · 1 person
    • Fitri Fit Tuhan maha kuasa maha adil maha mengasihani sayang,,,tak yakin kew dgn tuhan sayang?
      22 hours ago · · 1 person
    • Ida Sofia aduyai romantik juga ko nih Fitri Fit hehehe
      22 hours ago · · 1 person
    • Fitri Fit HUDUD undang Tuhan sayang,,,jgn kita nak pertikaikan lagi lah sayang,,,kita cari topik lain nak sayang?
      22 hours ago · · 2 people
    • Ali Al-Hadi pguam syariah blh nilai la mcmna sksi trsebut lyak ker x lyak.bnyak la cara lain blh diguna pakai dlm sksi.hehe.x yakin ker?
      22 hours ago · · 2 people
    • Ali Al-Hadi hdud itu lngkap dgan nas-nas nya.Quran blh jelaskan mcmna nk lksanakan.psal sksi ker,psal ape ker.
      22 hours ago ·
    • Ali Al-Hadi sb ape aku ckap mcmtu,sb hkum2 dlm Quran ssuai spnjang zman.
      22 hours ago · · 1 person
    • Ahmad Muda Ahmad biar salah ampun jgn salah hukum...
      22 hours ago · · 1 person
    • Emma Harith AMA..krn itulah maka nak 'hukum' org tu dgn adil...krn asas utama dlm perundangan islam itu adalah keadilan...
      21 hours ago ·

No comments: