Thursday, October 27, 2011

LAPORAN AUDIT 2010

Laporan Audit 2010

1.Diakui terdapat pelbagai kepincangan tertentu dan pencemaran tertentu yang diperlukan penjelasan pihak terlibat seperti jabatan-jabatan yang membuat pembelian yang boleh dipertikaikan harganya dan nilainya.

2.Pembelian bawah RM 2 juta adalah kuasa jabatan jabatan di bawah kementerian dan ia tidak melibatkan kuasa politik ataupun kuasa menteri dan timbalannya.

3.Penjelasan dari kepincangan dalam perlaburan oleh GLC juga perlu dibuat agar rakyat dapat melihat isu sebenar dan siapa yang terlibat.

4.Amat tidak realistik apabila ke semua isu dalam laporan audit yang terdapat kepincangan dipersalahkan semua ke atas kuasa eksekutif kerana pada hakikatnya , keputusan Jabatan di bawah Kementerian terlibat adalah dibuat oleh Ketua-ketua jabatan.

5.Kita juga mengalu-alukan siasatan dan audit ke atas penglibatan syarikat terlibat dan hubungannya dengan kakitangan Jabatan terlibat kerana diketahui bahawa seperti yang didakwa pihakpihak tertentu, ada pegawai kerajaan merupakan penyokong parti politik tertentu.

6.Laporan audit itu juga mestilah dijelaskan pembabitan syarikat yang ada kaitan dengan parti politik tertentu agar semua pihak dapat lihat dengan jelas bahawa bukan sahaja satu parti poltik yang dituduh melakukan ke semua penyelewengan yang diperkatakan.

7.Kita semua tahu laporan audit dibuat mengikut dari apa yg diberikan oleh Jabatan-jabatan di bawah Kementerian kepada Jabatan Audit Negara untuk dibuat laporan, dan kita juga tahu , setiap peruntukan kewangan tahunan yang diberikan kepada Kementerian terbabit wajib diaudit agar penyelewengan dapat dikesan dan dikawal kerajaan.

8.Tetapi, kita juga perlu tahu audit berkaitan penglibtaan Jabatan-jabatan dan pegawai-pegawai kerajaan ini , sudah menjadi rahsia umum bahawa ramai kaki tangan kerajaan berpangkat terlibat dengan pelbagai perniagaan dan mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat tertentu.

9.Dan tidak dapat dinafikan juga terdapat penglibatan mereka melalui sistem proksi atau pelbagai cara yang amat susah untuk dibuktikan dan dikesan pihak berkuasa, maka itu , tindakan audit ke atas para pegawai dan kakitangan Jabatan-jabatan juga wajar dan perlu dibuat.

10.Sudah menjadi rahsia umum bahawa kronisma juga berlaku dikalangan pegawai dan kakitangan Jabatan-jabatan terlibat dan perkara ini tidak diberi perhatian kerana pihak pembangkang hanya tumpu kepada parti politik dan ahli politik sahaja untuk dijadikan modal politik dan bukan sebenarnya mahu selesaikan isu penyelewengan.

11.Amat rugi jika usaha menyelesaikan penyelewengan hanya tertumpu kepada mereka yang ada kaitan dengan ahli poltik sahaja, sedangkan 60 % pencemaran adalah dari keputusan Jabatan-jabatan ini.


12.Sudah menjadi kebiasaan pembangkang menjadikan isu laporan audit sebagai modal politik untuk dijadikan sebagai senjata menjatuhkan pihak pemerintah demi kepentingan politik dan tidak sebenarnya mahu ke arah menyelesaikan isu penyelewengan.

13.Setiap kali apabila laporan audit dikeluarkan, pihak pembangkang hanya tertumpu kepada pemerintah ataupun ahli poltik sebagai sasaran dan mereka telah mengabaikan keperluan untuk memberi kesan pertikaian kepada kakitangan Jabatan Kerajaan dan Kementerian yang disyaki ada terlibat melakukan penyelewengan.

14.Sebagai contoh : pembelian tertentu yang melebihi paras harga tertentu yang dibuat oleh Jabatan-jabatan ini , tidak pula mereka ahli jabatan tersebut dipersalahkan ataupun dipertikaikan , sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka dan merekalah yang perlu menjawab dan bertanggungjawab ke atas pembelian seperti ini.

15.Isu ini tidak diberi perhatian oleh pembangkang yang tidak jujur dalam mempertikaikan laporan audit ini kerana objektif mereka ialah menjatuhkan nilai politik lawan mereka dan bukannya mahu sangat sebenarnya menyelesaikan isu ketirisan dan penyelewengan dalam Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan.

16.Apakah laporan dibuat untuk mencari ketirisan dan penyelewengan diperingkat kuasa eksekutif sahaja iaitu Menteri ataupun ahli politik ?

17.Apakah Ketua-ketua jabatan dan ahli jabatan serta kakitangan jabatan dan kementerian tidak terlibat dalam kelulusan pembelian ?

18.Jika ada lembaga tender , apakah tiada jawatan kuasa pembelian untuk kegunaan Jabatan-jabatan terlibat ?

19.Apakah hanya kuasa Menteri dan Timbalan Menteri saja yang boleh meluluskan perbelanjaan di sesebuah Kementerian ?

No comments: