Tuesday, March 27, 2012

KENAPA MALAYSIA TIDAK BOLEH MENGAWAL HARGA MINYAK

Persoalan yang selalu diajukan oleh pembangkang mengenai minyak keluaran negara kita. Negara kita menghasilkan minyak tapi kenapa minyak di Malaysia perlu naik juga? Berikut adalah jawapan kepada persoalan itu :-

Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Harga minyak ditentukan pasaran dunia, Malaysia tidak mempunyai kawalan. Petronas hanya menguasai 30% sahaja pasaran dalam sector penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala bakinya dikuasai oleh syarikat seperti Shell, Esso, Caltex, BP dan Mobil.

Jika petronas dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing. Petronas hanya mempunyai 3 loji penapis dengan minyak dengan keupayaan 256,000 tong sehari atau 47% daripada jumlah keluaran negara. Bagi sebanyak 53% disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Philips (48,000 tong sehari). Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, kita juga bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

No comments: