Thursday, April 20, 2017

ARAMCO DAN RAPID

maaf tak dapat kesan sumber penulis

Bila Aramco melabur dalam RAPID, ini komen salah sorang cai Pakatun dalam group kerabat keluarga saya. Kata dia -
"Bukan orang luar invest, depa beli rights korek telaga kita. lebih kurang kita dah lelong harta kita... Rasanya banyak lagi akan change hands before next GE"
"there... lu sendiri cakap dah beli 50% stake kilang proses minyak.. minyak tu korek dari mana? dari Sungai Perak?"
Cai ingat dia pandai sangat. Bila ditunjuk Malaysia import begitu banyak minyak mentah dari Arab Saudi seperti dalam kolum 2 di bawah, sampai sekarang terdiam. Sama macam Kadir Jasin terdiam bila kita tanya ikan kembung kena GST ke?
Bila diberi penjelasan tak nak baca, kan dah termalu sendiri 😁😁😁
Kerjasama Dengan Saudi Aramco Perkukuh Petronas
Pemimpin tertinggi Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah memeterai perjanjian Pembelian Saham (SPA) bernilai RM31 bilion antara Saudi Aramco & Petronas.
1. *Apakah Tujuan Utama Perjanjian Itu?*
🔹Kerjasama membabitkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
🔹Saudi Aramco dan Petronas akan memiliki pegangan seimbang dalam penerokaan serta aset penapisan minyak, loji perekah dan kemudahan petrokimia RAPID di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).
🔹Saudi Aramco akan membekalkan 70% keperluan minyak mentah bagi loji penapisan minyak RAPID manakala gas asli, tenaga dan kemudahan lain disediakan oleh Petronas.
2. *Apakah Manfaat Daripada Perjanjian Itu?*
🔹Memperkukuhkan kedudukan, pengalaman operasi serta prestasi kedua-dua syarikat dalam membangunkan projek mega dan rangkaian komersial di pasaran global.
🔹Pembekalan minyak mentah jangka panjang kepada Petronas dijamin kerana Arab Saudi merupakan negara pengeksport minyak mentah terbesar di dunia.
🔹Terbukti keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia sekali gus menunjukkan ekosistem pelaburan negara masih kukuh dengan pertumbuhan KDNK memberangsangkan.
🔹Malaysia berpotensi menjadi platform kepada Saudi Aramco untuk mengembangkan operasinya di Asia Tenggara.
3. *Apakah Itu PIPC?*
🔹Salah satu projek terbesar di Asia Tenggara dan pelaburan terbesar Petronas bagi sektor hiliran yang merupakan sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) seluas 22,000 ekar di bawah Program Transformasi Kerajaan.
🔹Membabitkan kompleks penapisan dan petrokimia 300,000 tong sehari bagi menghasilkan petrokimia premium yang berbeza, yang akan memenuhi permintaan dalam negeri bagi produk petroleum selain keperluan perundangan yang diperlukan untuk pelaksanaan spesifikasi Euro 5.
🔹Terdapat kira-kira 31,000 pekerja di tapak projek itu manakala pada kemuncak pembinaan pada 2017, projek itu dijangka mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 60,000 dengan kemahiran dan disiplin yang berbza.
🔹Pembangunan PIC turut meliputi kemudahan berkaitan seperti Loji Penjanaan Bersama Pengerang (PCP), terminal pengegasan semula LNG, projek bekalan air mentah (Pamer) dan Terminal Air Dalam Pengerang.
4. *Adakah Perjanjian Itu Akan Memberikan Risiko Kepada Malaysia?*
🔹Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin menjelaskan kerjasama dengan Saudi Aramco tidak memberi risiko kepada kepentingan Malaysia kerana Saudi Aramco membeli 50% kepentingan dalam kilang penapisan minyak dan projek perekah.
🔹Petronas sebelum ini merancang mengurangkan perbelanjaan modal dan operasi (opex) bagi 2016 sebanyak antara RM15 bilion dan RM20 bilion disebabkan oleh harga minyak mentah yang rendah.
🔹Pengurangan itu akan menjadi sebahagian daripada langkah mengurangkan capex & opex sebanyak RM50 bilion dalam tempoh 4 tahun bermula 2015-2019.
5. Perjanjian Petronas-Saudi Aramco merupakan peristiwa bersejarah kerana 2 syarikat minyak terkemuka berkongsi dalam membangunkan projek baharu bertaraf dunia.

No comments: