Thursday, April 20, 2017

NAJIB RAZAK - ANTARA KEBAIKAN & FITNAH

Sumber.. maaf x dapat dikesan penulisnya
1. Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) sepatutnya telah disiapkan di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung semula oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Kemudian berjaya disambung semula dan disiapkan di zaman Mohd Najib Razak walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup. Syukurlah perjalanan ke Pahang, Terengganu dan Kelantan kini semakin pantas dan dekat.
2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan. Kemudahan ini akan tambah merancakkan pembangunan di sebelah pantai barat semenanjung. Alhamdulillah.
3. Projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 1000 km tanpa tol sedang giat dibina. Rakyat Sarawak dan Sabah amat suka dan teruja.
4. Terminal Bus Selatan (TBS/BTS) yang cukup moden dan canggih lagi sistematik bagi mengantikan Terminal Bus Puduraya yang sempit dan sesak.
TBS ini bagi menggantikan projek Plaza Rakyat yang terpaksa diberhentikan di zaman Dr Mahathir Mohamad kerana bencana kegawatan ekonomi 1998 dan dalam proses dipulihkan semula oleh kerajaan Mohd Najib.
5. KLIA 2 telah pun lama siap dibina walaupun Malaysia dituduh tiada wang.
6. LRT 2 sudah siap dan kini telah beroperasi walaupun Malaysia dituduh akan bankrup.
7. Pembinaan Menara Warisan Tertinggi di Malaysia iaitu KL118 sedang giat berjalan.
8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Singapura milek kerajaan (1MDB) sedang giat berjalan.
9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya baru dari Terengganu ke Kelantan.
10. Kelulusan projek Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.
11. BRIM 2017 pun rakyat akab dapat.
12. 840 mangsa banjir khususnya di Kelantan mendapat rumah percuma.
13. Pembinaan cawangan-cawangan UITM yang baru di seluruh negara.
14. Pembinaan MRSM yang baru.
15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti telah dimulakan.
16. Pembinaan Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.
17. Pembinaan Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1Malaysia yang baru.
18. Kenaikan Gaji minimun RM 900.00, Pencen Tentera, dan skala gaji baru kakitangan awam. Terima kasih DS Mohd Najib.
19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.
20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM250 setiap tahun.
21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap Proton melalui kaedah penswastaan.
22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar milek kroni-kapitalis.
23. Pemilikan Rumah percuma untuk rakyat miskin bernilai RM25,000 ke RM30,000.
24. Rumah mesra rakyat RM60,000 dengan bayaran bulanan cuma sekitar RM200 sebulan.
25. Skim Perumahan Prima.
26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang sudah berpuluh tahun mengalami masalah.
27. Pembinaan Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.
28. Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis kini dah pun beroperasi.
29. MRT Line 1 dah nak beroperasi, MRT Line 2 dan LRT Line 3 dah nak mula pembinaan.
30. Bangunan Signature Tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2018.
Sesungguhnya kejayaan PM DS Najib Razak perlu kita 'acknowledge', bukan menanam rasa kebencian pada setiap kebaikan yang telah dibuat oleh Kerajaan.
(Editorial)

No comments: