Monday, January 7, 2013

PAS GANTI UMNO ATAU PAS YANG MIMPI BASAH ? : ANALISIS PERBANDINGAN KERUSI PARLIMEN UMNO DAN PAS SEPANJANG 5 KALI PRU (1990-2008)

CREDIT TO USTAZ NOR AZIZUDDIN ABDUL MANAN

1. Saya sudah selesai meneliti data dan analisis kerusi parlimen yang dipertandingkan dan dimenangi oleh kedua-dua buah parti Melayu Islam di negara ini. Jom kita lihat analisis kerusi yang dipertandingkan dan dimenangi oleh parti2 ini ;

1.1 PRU 1990 : 
-UMNO bertanding 86 kerusi dan menang 71 kerusi
-PAS bertanding 30 kerusi dan menang 7 kerusi

1.2 PRU 1995 :
-UMNO bertanding 102 kerusi dan menang 88 kerusi
-PAS bertanding 47 kerusi dan menang 7 kerusi

1.3 PRU 1999 :
-UMNO bertanding 104 kerusi dan menang 72 kerusi
-PAS bertanding 62 kerusi dan menang 27 kerusi

1.4 PRU 2004 :
-UMNO bertanding 117 kerusi dan menang 109 kerusi
-PAS bertanding 86 kerusi dan menang 6 kerusi

1.5 PRU 2008 :
-UMNO bertanding 117 kerusi dan menang 79 kerusi
-PAS bertanding 66 kerusi dan menang 23 kerusi

2. Berdasarkan kepada data diatas ini, apa pandangan anda dengan "gong yang dipalukan" oleh PAS yang kononnya menggantikan UMNO dalam PRU akan datang dengan hanya "secubit" kerusi yang diperolehi pasca 5 PRU sebelumnya. Saya fikir inilah lawak politik paling "mereng" pada abad ini.

3. Ulasan dan persoalan simple daripada saya, sejauhmana mana kemampuan PAS untuk meneruskan "mimpi2 indah" mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya walhal kemampuan mereka untuk bertanding di majoriti kerusi parlimen Melayu pun tidak mampu apatah lagi lagak mereka untuk menggantikan UMNO dalam membawa gagasan Melayu, keizzahan bangsa Melayu termasuklah Islam yang syumuliyyiah ?. That's question.

4. Teringat saya dengan pepatah Melayu, "ukur baju dibadan sendiri". Inilah signifikan kehebatan bangsa Melayu dalam mengatur langkah sebelum melakukan sesuatu perkara wajar dilihat sejauhmana kebaikan dan keburukan yang bakal diperolehi kelak. Jika diri itu tidak mampu jangan berlagak seolah2 "Dunia ini aku yang punya" sedangkan panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun maka jadilah seperti kata pujangga melayu dahulu kala kelak yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Barangkali juga ini adalah Muhasabah untuk bangsa Melayu yang menongkat Islam sebagai pegangan disanubari.

5. Sudah berapa banyak slogan yang PAS guna untuk meraih undi Melayu selama 5 PRU sebelumnya ?. Adakah PAS mampu "hidup" dengan "kalimah Hudud" waima sanggup pula besekongkol dengan sekelompok Musang berwajah manusia tunggu masa untuk diterkam dan dibaham dari belakang ?. Perkara inilah yang menyebabkan ramai Muktamirin DPP 2008 di Perak bersatu atas natijah PAS tidak pernah mengambil ibrah atas apa yang berlaku kepada Barisan Alternatif 2004 dahulu.

6. Saya fikir inilah yang dikatakan "Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut". Dek kerana influansi Kuasa, Undi dan Politik Gharib termasuklah politik "syok sendiri" dalam kalangan pemimpin Anwarinas, Edorgan PAS sekaligus mengambil interpretasi mudah untuk membawa PAS ke kancah kejerumusan yang terang lagi nyata. Perkara ini sudah dapat dilihat dengan segala pancaindera bangsa Melayu yang masih punyai hati dan minda yang waras untuk melihat kebobrokkan ini.

7. Penataran PAS dalam 5 kali PRU sebelum ini adalah atas dasar "ihsan" bangsa Melayu. Berdasarkan analisis di atas, PAS hanya mampu "melantasi" keputusan yang "secubit cuma" dalam 2 PRU sahaja iaitu 1999 dan 2008, lain2 PRU PAS "hancur dan perabih boras". Dalam ertikata lain, PAS hanya hidup atas "Isu dan Anwar" bukan atas dasar yang diperjuangkan selama ini jadi tidak hairanlah jika konsep Negara Islam digantikan dengan konsep "ciplak dan adaptasi", Hudud sekejap ada sekejap kabur dan lama2 hilang dibawa hembusan angin. Bayangkan jika "tiada isu" yang kontroversi seperti PRU 2004, adakah PAS masih mampu mengejar apa yang dicitakan ?. Cukuplah dengan "penganugerahan" dua negeri dalam PRU 2008, itu pun ternyata PAS Gagal.

8. Gagasan demi gagasan yang dilontarkan PAS demi undi dan politik Putrajaya ternyata agenda Islam sudah menjadi kesampingan apatah lagi soal keizzahan bangsa Melayu sudah "malu" untuk menjadi "bunga bibir" sekaligus menafikan "penciptaan bangsa" oleh Yang Maha Esa. Ya, walaupun diakui pemimpin PAS itu bahawa Islam masih menjadi "bench mark" parti itu tetapi sebaliknya ia semakin membuka pekung2 yang tersembunyi selama ini bak "Langcung Keujian".

9. Ketika ini bangsa Melayu seumpama "Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang" setelah diperlihatkan dengan segala macam agenda menyimpang dan menyongsang apatah lagi kemunculan anak bangsa berpapan muka kilik ke hilir menabur fitnah kilik ke hulu membawa segala rencam racun ideologi dan propaganda, memperjudikan aqidah ummah hanya Nafsu Politik Barbariah.

10. Benar bangsa Melayu sudah berkuah air mata, sejarah tanah watan sejak zaman penjajahan bangsa pemuja kayu dahat sehingga datang pula ketumbukkan berbintang tiga, tanah yang dahulunya subur, berkalang darah sudah ditumpah hanya kerana ingin melihat bangsa bertuah ini terus menjadi bangsa berdaulat, tiang seri Islam dijaga rapi agar bertuan tanah berbalik ke papan di tanah watan ini jua akhirnya.

11. Semoga anak bangsa Melayu dikala zaman "tanpa bertali" agar tidak tersilap langkah memilih peneraju menakhodai bahtera bangsa ke mercu jaya. Benar jua kata pujangga, jalan berliku, lebuh sempit kuda menyepak, jalan licin tebing berkelok, ternyata Melayu tidak lagi mudah menyerah kalah. Jika dahulu sekelian Sultan menadah tangan ke hadrat Ilahi dengan dosa dan keinsafan, jangan pula anak bangsa di zaman ini mudah menjadi manusia yang mudah alpa dan jangan pula "marahkan pijat, kelambu dibakar, tidur terdedah", "Memang Sorak Kampung Tergadai".

Barakaallah !

No comments: