Wednesday, January 16, 2013

BAWANI VS SHARIFAH ZOHRA





Pendidikan percuma, itulah topik asas yang dibangkitkan oleh Bawani ketika perbuatan bertanyakan soalan yang bagi saya bersifat agak provokasi kerana tiada adab di dalamnya. Ingat, kelembutan dalam suara, kesopanan dan nada yang bersahaja adalah salah satu adab dalam berhujah. Kalau sudah terjerit sana dan sini, itu bukan di namakan adab.

Tetapi, kami difahamkan bahawa sebenarnya Sharifah itu hanyalah moderator dan program yang ada di UUM bukanlah panelis yang dilantik. Pada saat ikrar dibacakan, itu sudah penghujung majlis dan majlis berkenaan tidak ada menyentuh langsung soal politik.

Sharifah juga harus dipersalahkan. Saya tak tahu kenapa dia bercakap mengenai soal binatang dalam penghujahan. Tapi itu bukan persoalan kami. Andaikan kami pada admin SSTDMM, berdiri di hadapan situ. Mungkin ini hujah kami untuk menjawab soalan Bawani. Bawani membawakan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil, negara dunia ketiga yang sedang membangun yang menjalankan pendidikan percuma, dan kenapa Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma? Namun, belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Ini juga merupakan salah Sharifah pada hemat saya.

Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator.

Berbalik kembali kepada topic perbincangan kita, apa yang perlu dijawab oleh Sharifah? Pertama, Sharifah harus menggunakan ayat ini, “Tiada apa yang percuma di dunia.” Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain.
Sebagai contoh, CUKAI. Untuk pengetahuan, Cuba dan Argentina merupakan negara yang lebih miskin daripada kita. Tanyakan kepada mereka sama ada bagaimana dengan pembangunan di negara-negara berkenaan? Bagaimana dengan keadaan di negara berkenaan.

Saya ambil contoh, Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelahar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarny atelah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam university. Satu daripada sembilan orang pelajar di Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes."

Kenyataan di atas ialah datang daripada orang Brazil sendiri. (sumber:http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes

)

Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada artikel ini dengan ayat ini:

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
(sumber : http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr
)
Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Nampak kana da benda yang perlu dibayar?

Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya.

Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi? Ini hanya pandangan peribadi saya. Kalau ada apa yang salah, atau anda ada cadangan yang lain, sama-samalah kita kongsikan. Assalamualaikum. -HE

*******************************************************************************************

ISU UUM...
NI KAWAN SI BAWANI CAKAP:
~Utk makluman...bawani ks tu sekelas dgn aku dulu...n now dlm kami kwn2 sesama sensiri pun kecoh dok debat pasal politik..aku dah lama kenal bawani ks tu..hujah dia mmg merepek..n dia tu kaki provoke..so xheran la kalo dia saja cari publisiti murahan dlm isu ni..yg penting even bawani ks hentam kerajaan sekalipun depan mata aku dia ambik juga bantuan dari yayasan perak utk masuk uum tu..hehehe.bleh add my fb kalo xpercaya..mohammad aizat~
P/S:YG XKAWAN DENGAN BAWANI JGN CAKAP BANYAK......

*********************************************************************

UUM Dah Jadi Trending Di Twitter Dan Dah Naik Jadi Isu Dunia Ni Di Yahoo. So, Puas Hati Tak?

Walaupun Mungkin Pandangan Kecik Makancabai Ni Tak Sehebat Mana, Dan Tak Mampu Capai Sampai Jadi Trending,tp Kalau Anda Mahasiswa, Tak Kira La Mahasiswa Uum Ke Bukan, Meh Sama2 Fikirkan.

1) First Thing Mc Nak Cakap, Tajuk Video Tu "Forum Suara Mahasiswa Part 4".yang Tak Hadir Program Pada Hari Tu, OrangDi Luar Sana Yang Kutuk Bagai Uum Dengan Hanya Tengok Part 4 Tu, Dah Tengok Ke Yang Part 1,2,3? Kalau Belum, Cuba La Cari, Tapi Kalau Korang Cari Pun Takkan Jumpa.

Habis, Kalau Korang Dah Tak Tau Cerita Dari A-z, Yang Beria-ia Nak Menyalak Tu Kenapa?

Miss Bavani Ada Masa Untuk Bertanya Soalan Dan Beri Pendapat Pada Waktu Sesi Soal Jawab, Kenapa Tak Guna Masa Tu? Kenapa Guna Masa Penghujung Program Baru Nak Tampil Ke Depan?itu Program Yang Dah Dirancang Untuk Habis Pada Tepat Waktunya, Kita Kena Hormat Orang Lain Yang Dah Nak Balik, Jangan Asyik Fikir "Hak Kita Sentiasa", Itu Pentingkan Diri Namanya.

2) Isu 1:Byk Comentator Kata Sharifah Tak Hormat Pada Hak Mahasiswa Untuk Bersuara. Adakah Anda Tahu Sewaktu Perjalanan Program, Ada Slot Sesi Soal Jawab Dan 5 Orang Mahasiswa Yang Tampil Dengan Soalan Dan Pendapat. Adakah Forum Ni Tak Hormat Pada Suara Dan Hak Bersuara Mahasiswa?? Kenapa Sharifah Tak Benar Dia Bercakap?sebab Waktu Dah Nak Habis. Simple.lagipun, Apa Yang Nak Dicakap Tu Hanya Idea Berulang Pelajar Tersebut Daripada Rafizi Dan Pemimpin Pembangkang.

3) Isu 2:Cakap Sharifah Berkenaan Beberapa Binatang Tu Hanya Perumpamaan. Kenapa Nak Kena Persoalkan? Itu Hak Dia La Nak Bagi Perumpamaan Apa Pun. Bukan Korang Ni Ke Yang Perjuangkan "Hak Bersuara"? Eh?

4) Siapa Bawani Ni Sampai Semua Page Fb, Blog, Twitter Utama Pakatan Rakyat Dan Pro-pakatan Rakyat Nak Support Dia?dia Ni Ahli Parti Ka?untuk Pengetahun, Forum Ni Anjuran Suara Wanita 1 Malaysia Sebuah NGO, Dari Awal Forum Sampai Habis, Tak Da Sentuh Langsung Isu Mana-mana Parti Politik. Dah Kenapa Nak Politikkan Isu Ni?ini Bukan Program Anjuran UMNO/BN,kalau Tak Caya, Cuba Tanya Khairy Jamaluddin. Kj Sendiri Mengaku Sharifah Not Presenting BN. So, Apa Kena Mengena Dengan Politik?

Forum Ni Jalan Tahun Lepas. Dah Tu Apahal Lambat Sangat Bagi Respon Pasal Forum Ni? Mesti Ada Apa2 Isu Yg Korang Nak Selindung Ni. Entah2 Isu Himpunan Shamsidar Yang Tak Ramai Dan Isu Nak Guna Allah Dalam Bible Yang Dibenarkan Pembangkang.kahkahkah.

P/s: Kalau Nak Menilai, Tengok Dari Awal. Jangan Main Serkap Jarang. Nantikan Video Sw1m Part 1,2,3, Dan Nantikan Macamana Panas Punggong Time Tu! :-)

Credit: makancabai

****************************************************************

Ina Muzaffar II wrote:
kecoh le alkesah LISTEN LISTEN LISTEN LISTEN. Puak2 Pakatan Haram ni tau ke alkesah disebaliknya? Korang tau sape minah Bavani ni sebenarnya? Siapa disebalik dia tu? Tau? X tau? Xtau dok dendiam jgn dok melalak melolong mcm polong...OK. Meh sini kita tengok apa SEBENARnya yg berlaku!

http://daengselili.blogspot.com/2013/01/sharifah-zohra-mohon-maaf.html?m=1



http://pejuangbangsa57.blogspot.com/2013/01/gempar-patutlah-tak-dengar-kata-listen.html?m=1


Tengok! Siapa disebalik Bavani? Jgn main hentam je kawan..satu kali musti mau tengok apa pasal ini minah tiba2 hati dalam ada panas jugak sama Presiden SW1M...http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/602984_424533574283951_991120669_n.jpg


Minah Bavani ni dah le x reti hormat majlis orang, nak ikut kepala hotak dia je...FORUM BUKAN MEMBINCANGKAN ISU POLITIK SEMASA yg dia gi merapu sampai ke A. Samad Said, Bersih, Ambiga bla bla bla...kejadah hapernya??

The BEST PART IS video footage ni dah lama! TAHUN LEPAS! Why now? Nak kalih isu ke macai?

No comments: