Monday, January 7, 2013

ISU AMANAT BATHIL LAGI SESAT : SAYA SARAN HJ HADI TIDAK PERLU TARIK BALIK, TIDAK PERLU MOHON MAAF, TIDAK PERLU KATA APA-APA

CREDIT TO USTAZ NOR AZIZUDDIN ABDUL MANAN

1. Alhamdulillah, saya tiba di rumah abah saya di Taman Siswa, Jitra Kedah. Pinjam laptop adik lelaki, jari saya galak untuk "menulis" didinding ini. Saya tidak dapat mengulas isu2 politik yang berlaku awal bulan Disember lantaran "terlepas" beberapa isu yang melibatkan kajian khusus contohnya dakwaan N. Surendran yang mendakwa 300,000 masyarakat India tidak mempunyai kerakyatan M'sia. Isu yang didakwa oleh N.Surendran (NP PKR) ini sampai sekarang saya masih mengkaji dan masih mencari dan mendapatkan beberapa dokumen daripada jabatan2 kerajaan seperti Jabatan Perangkaan (laporan banci penduduk 2010) dan Arkib Negara (artikel2 berkaitan kewarganegaraan masyarakat India di M'sia).

2. Kita biarkan sekejap isu yang dicetuskan oleh N.Surendran itu dan balik semula kepada isu Amanat Bathil ini. Saya mengikuti secara tidak langsung isu ini yang mula-mula dicetuskan pada majlis yang dianjurkan oleh bekas2 ahli PAS di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Dato' Hassan Ali. Isu ini pada mulanya didasari oleh pendedahan oleh Cikgu Zainon @ CN Al Afghani mengenai penyelewengan Tabung Memali oleh PAS, kemudian isu tersebut menjadi polemik dan kesudahannya dengan keluarnya karya terbaru beliau, "Kafirkah Aku?" yang memaparkan kebejatan Amanat Haji Hadi ini. Itulah kronologi yang setakat saya ketahui, selebihnya jika ada yang mengetahui sila nyatakan di bahagian comment dibawah.

3. Amanat Haji Hadi ini adalah sebahagian daripada ucapan beliau dalam ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala T'ganu pada 7 April 1981 (tahun saya dilahirkan) dan kemudiannya sebahagian ucapan itu telah di"frame"kan oleh pengikut2 PAS lalu dinamakan sebagai Amanat Haji Hadi (boleh tengok frame Amanat ini di belakang Masjid Batu di Permatang Pauh, nala punya besar). Jika difikirkan logik, seolah2 sama seperti apa yang berlaku dalam Al-Arqam, anggota2 Al-Arqam akan mem"frame"kan setiap kata2 yang keluar daripada mulut Almarhum Abuya mereka. Itu Al-Arqam, amanat Hj Hadi ini pun sama sahaja. Itulah yang dikenali sebagai ta'asub atau bahasa standardnya ialah "FANATIK".

4. Dek kerana ta'asub / fanatik akan amanat inilah menyebabkan ahli2, para pengikut PAS menjadikannya sebagai satu "tiang seri" dalam usrah2 haraki baik diperingkat PAS Pusat, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat sampailah kepada akar umbi (Cawangan-cawangan). Tapi mereka tidak menggunakan kalimah amanat tetapi menggunakan konsep takfir (mengkafirkan orang lain yang tidak menyertai parti mereka, dalam ertikata lain ahli2 UMNO adalah subjek amanat ini) menjadi terminologi khusus bagi menggambarkan hanya parti mereka sahajalah yang benar, suci lagi ma'sum.

5. Saya mula2 mengenali amanat ini semasa kerap menyertai aktiviti2 Persatuan Pelajar Islam Kedah (PPIK) yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Kedah. Usrah PPIK acapkali diadakan di bangunan Ukir Mall (dahulunya dikenali bangunan serbanika sebelah stesen bas telok wanjah, Alor Setar, sekarang saya tidak pasti dimana PPIK beroperasi). Oleh kerana terpengaruh dengan amanat ini, dalam minda saya UMNO itu kafir, Kafir itu adalah UMNO. Begitulah fanatiknya saya ketika usia belasan tahun.

6. Saya tidak pelik dengan Amanat Haji Hadi ini memandangkan, dikalangan ahli2 PAS pada mereka tidak ada satu pun "kerosakkan" dalam amanat ini ditambah pula saban hari dan malam, minda ahali2 dan pengikut diasuh, dibasuh dan dicucuh dengan segala macam dogma dan doktrin takfir ini. Bukan setahun dua, berpuluh tahun sudah amanat ini menjadi lauk2 pauk hidangan santapan minda mereka. Ahli2 PAS menerima amanat ini tanpa rasa ragu2 dek kerana telah menyakini hanya parti mereka sahaja yang benar, betul dan kompiten. Dahsyatkan ?. Pegangan mereka terhadap amanat ini sama seperti anggota2 Al Arqam yang menyakini Aurad Muhammadiyyah yang sesat lagi menyesatkan.

7. Implikasinya amanat ini, apa yang kalian baca sekarang dalam dada akhbar, laman2 blog, laman2 media sosial, buku dan artikel, wawancara, itulah hakikat sebenar impak amanat ini. Satu perkataan sahaja yang saya boleh katakan, KAFIR. Kalimah kafir inilah yang menyebabkan ramai2 sanak saudara, anggota keluarga kerabat sahabat handai, jiran tetangga, ipar duai, semuanya dicop kafir hanya kerana tidak menyertai parti yang dikatakan Islam itu.

8. Sekarang isu ini menjadi sensasi kerana dicetuskan sendiri oleh bekas ahli PAS, yang mempolemikkan pun bekas ahli PAS juga, yang mendesak Hj Hadi menarik balik amanat ini pun bekas Ahli PAS juga, yang menariknya UMNO pula yang disalahkan walhal pemimpin UMNO hanya mahukan "kejernihan" daripada malapetaka amanat bathil ini, mahukan "tautan mahabbah sesama bangsa" ditautkan kembali, bukan mahu suruh gabung parti pun, lalu diadakan satu konfrensi media meminta secara baik agar Hj Hadi memohon maaf, menarik balik amanat itu. Itu sahaja. Tapi macam biasalah dikalangan pemimpin Edorgan PAS, segalanya UMNO punya angkara, siap mahu diajak berdebat (apa hasil daripada debat amanat sesat ini melainkan pepecahan sesama bangsa semakin ketara). Namun begitu tanpa pemimpin Edorgan PAS sedari ia dibangkitkan sendiri oleh bekas ahli seumur hidup (baca ahli PAS sampai mati). Tak semena-mena, taik yang UMNO dapat. Saya pun kadang2 rasa geram juga dengan pemimpin UMNO, biarkan sahaja puak2 PAS berkokok berderai2, sebab taik itu akan kembali kepada mereka jua, janganlah pula UMNO mahu merasa naikmat "taik" itu sekali (baca tumpang semangkuk).

9. Memandangkan terlalu banyak desakan mahukan Hj Hadi menarik kembali amanat itu, saya fikir tidak perlulah Hj Hadi melakukan sedemikian rupa, tidak perlu mohon maaf, tidak perlu kata ya atau tidak, sebab memang itulah matlamat utama Hj Hadi mahukan Melayu terus dan berterusan berpecah-belah, jika boleh mahu sahaja kafirkan terus bangsa Melayu ini sebab disitulah letaknya "modal" PAS meraih undi dan sokongan, perkara ini akan jadi payahlah jiki beliau menarik balik amanat ini sebab PRU 13 akan kunjung tiba dalam masa beberapa minggu sahaja dari sekarang. Bagi bangsa Melayu yang taklid mengkhinzir buta ini, memang mereka akui amanat itu adalah amanat setaraf fatwa, pusaka zaman berzaman yang wajib tanpa haram mempertahankannya hatta ke titisan air mani terakhir sekalipun.

10. Khabarnya Haji Hadi mahu siaran khas selama 1 Jam di mana2 stesen TV di M'sia bagi menjelaskan maksud beliau dalam amanat itu. Menteri bertanggungjawab khabarnya sudah memberikan green light untuk tujuan itu. Saya fikir, tunaikan sahaja permintaan itu,memandangkan teringin bebenar Hj Hadi mahu Live on Air (masa PRU 1999 beberapa pemimpin Keadilan sudah diberikan peluang Live on Air, tak aci ler kan pemimpin PAS tak pernah on air). Seronok juga bila dapat tengok lidah sang Mujassamah berkata2 nanti. Apakah terbelit atau terkial2 lidah itu nanti, sama2 kita saksikan. Jangan lupa jemput Cikgu Non sekali bersepentas dengan Hj Hadi, biar terbakor pentas itu nanti.

No comments: