Friday, January 18, 2013

ISU RCI DI SABAH


Abu Talib Harun > RCI SABAH Terkini
17/­1:Pemberian pemberian warga negara d lakukan oleh semua negara,asalkan mengikut peraturan n undang2.Almarhum Tengku pernah memberikan kerayatan satu juta org kpd org2 Cina yg telah lama bermastautin d Tanah Melayu.Menghant­ar mereka pulang k negara asal mereka,tidak member makna kerana tiada apa yg tinggal d sana n kehidupan yg susah.Akirnya mereka balek juga k negara yg boleh menampong kehidupan harian mereka.Inilah yg berlaku kpd org2 pelarian 45 tahun dahulu d Sabah hingga kini,akibat peperangan yg berlaku d Selatan Filipina yg berhampiran kedudukanya dgn pantai negeri Sabah.Saperti kenyataan Prof Ramlah Adam,penyelesai­an masaalah pelarian d Sabah perlu d buat melalui pertimbangan kepentingan negara,warisan sebudaya n dasar memakmurkan jiran.Adalah d harap dgn wujudnya perjanjian damai d Selatan Filipina,masaal­ah pelarian dapat d kurangkan apabila org2 tersebut rela kembali k kpg halaman mereka walaupun sudah meninggalkanya 45 tahun dahulu.Itu pun kalau kpg halaman mereka maseh ada d Selatan Filipina. 


Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad page wrote:
Isu Kerakyatan di Sabah oleh Mahathir atau Projek Mahathir sebenarnya bukan perkara baru. Isu ini telah dijawab beberapa kali oleh Tun Mahathir tetapi biasalah mereka tidsk pernah puas walau disuap dengan segelen fakta sekalipun.

Tun Mahathir sebenarnya sejak dahulu lagi memang sangat sayangkan orang beragama Islam malah sangup berkorban nyawa membantu orang Islam yang dalam kemiskinan dan kesusahan sejak dulu lagi. Semua orang tahu mengenai hal itu.

Malah salah satu projek Mahathir dihentikan di zaman selepasnya (you-know-who) ialah bagaimana beliau nak lakukan Projek Landasan Berkembar dan Landasan Malaysia-China.­ Kenapa? Impiannya untuk orang Islam menerajui ekonomi bagaimana ialah melalui Selatan China yang majoritinya Islam dam Kemboja juga majoritinya Islam.

Bercakap soal Kemboja,kerajaa­n Malaysia bawah Dr Mahathir ialah satu-satunya negara yang benar pelarian perang di sana diberi kemudaham dan tempat tinggal di negara ini dan diberi tinggal sebuah pulau Bidong di Terengganu . Malah kebanyakan mereka telah pun menjadi warga di sini apabila berkahwin dengan orang sini. Ya, sebab utama ialah kebanyakan mereka adalah Islam.

Kenapa Tun Mahathir juga membawa ribuan warga Bosnia belajar dan bekerja di Malaysia , ya juga kerana tanggungjawabny­a sebagai orang Islam. Saya percaya juga, begitu juga negara Islam yang miskin seperti Bangladesh juga diberi peluang yamg sama di negara ini kerana mereka Islam.

*Apa saya tahu, Mahathir tak pernah cerita hal seumpama ini kepada umum. Hanya mereka yang terdekat yang tahu kerana apa? Mungkin beliau tak suka diberi pujian melambing ke langit. Segala kebaikan beliau kepada umat Islam di dunia ini hanya Allah yang mengetahuinya*

Ok, berbalik kepada kisah kerakyatan di Sabah. Sabah dulu lagi direbut oleh Filifina dan ada beberapa isu terpaksa 'disenyapkan' untuk menjaga hati negara jiran kita itu. Bangsa Moro, bangsa Islam di Selatan Thai bergolak hampir puluhan tahun sehingga lah tahun lepas apabila Malaysia diberi penghormatan untuk pembebasan rakyat Moro.

Ketika bergolak itu lah, dikatakan ramai bangsa Moro ini datang ke Sabah dan tinggal di Sabah selama berpuluh tahun dan tahu berbahasa Melayu selain amal ajaran Islam yang lain. Ketika Sabah masuk ke dalam Malaysia, kerakyatan mereka diberi secara automatik namun apabila Tun Mahathir menjadi PM pada 1981, beliau memberi kerakyatan kepada bangsa Islam Moro ini. Saya tidak pasti jumlahnya dan beliau TIDAK PERNAH memanggil untuk kerakyatan ini diberi.

Tun Mahathir memberi kerakyatan tersebut atas kesedaran beliau kerana mereka telah tinggal lama di Sabah dan telah membina penempatan di Sabah. pemberian statuswarganega­ra itu dibuat selepas mengambil kira syarat-syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Perkara ini sebenarnya, perkara yang sama berlaku apabila Tunku Abdul Rahman memberi kerakyatan kepada bangsa yang datang dan masuk ke Tanah Melayu ketika itu atas mencapai kerakyatan seperti bangsa Cina dan India.

Seperti juga Almarhum Tunku, tidak semua yang diberi kerakyatan tu sokong UMNO-BN :-) 

No comments: