Monday, January 7, 2013

TUN MAHATHIR DAN UIA

Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menekankan bahawa seseorang yang beragama Islam sepatutnya menjadi seorang rakyat di sebuah negara yang maju. Memetik ucapannya pada 18 April 2004 kepada sebilangan cendiakawan di Maghribi, beliau berkata tidak sepatutnya negara-negara Islam yang ada sekarang ini berada pada tahap yang mundur dari segi ekonomi. Beliau telah menyingkap sejarah sarjana-sarjana Islam semasa di zaman kegemilangan Islam dulu umat Islam sangat maju dalam pelbagai bidang umpamanya ilmu sains, pelayaran, perubatan, astronomi, matematik, falaq dan falsafah.

Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir merasakan perlunya anjakkan paradigma mengenai pendidikan agama khususnya di Malaysia. Pada 1983 kerajaan telah menubuhkan sebuah IPTA yang berlandaskan Islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). UIAM merupakan salah sebuah universiti yang agak selalu diperkatakan di dunia Islam. Ini kerana antara tujuan UIAM ditubuhkan ialah untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.

Begitu juga dengan penubuhan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia pada 1998.

USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan syarat kemasukkan kepada pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Dengan penubuhan UIAM dan USIM ini, nama Malaysia harum di kalangan negara-negara Islam sedunia dan ianya dapat merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi hub pendidikan di rantau ini.

Bagi Tun Dr Mahathir menuntut ilmu adalah satu jihad. Berkaitan dengan pemikirannya dalam usaha untuk menggalakkan umat Islam seluruhnya dan umat Islam di Malaysia khususnya supaya menguasai ilmu segala bidang. Bagi Tun Dr Mahathir, tanpa ilmu pengetahuan ummah tidak akan dapat mempertahankan diri daripada pencerobohan musuh. Tanpa ilmu juga ummah tidak akan berjaya menguruskan negara dan menjana ekonomi dengan baik. Dalam ucapan beliau di Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam pada Januari 2002, Tun Dr Mahathir berkata betapa umat Islam telah ditinggalkan oleh arus Revolusi Industri di Barat bila pemikiran kita “tertutup bukan sahaja kepada ajaran atau pendapat kumpulan lain berkenaan dengan agama, tetapi juga kepada keadaan dan perkembangan di sekeliling, baik perkembangan dalam bidang ilmu atau ideology atau peningkatan kebolehan manusia dalam bidang-bidang lain”.

Beliau di dalam ucapannya antara lain menegaskan bahawa: “Justeru itu penguasaan ilmu sains dan teknologi dan perolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara buta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada umat Islam yang lain”.


*********************************************************

Seluruh DUNIA tahu dan kagum dengan idea penubuhan UIA oleh TUN DR MAHATHIR. Bagaimana pula ANWAR mendakwa beliau yang ilhamkan UIA tu?

1. Mahathir ilhamkan UIA pada awal tahun 1982 dan minta Menteri Pendidikan ketika itu , Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud untuk merancang pembinaan dan tubuhkan universiti Islam pertama di Malaysia iaitu kurang setahun dari beliau menjadi PERDANA MENTERI.

2. Anwar masuk UMNO selepas tubuh ABIM pada akhir tahun 1981 BUKAN atas ajakan Dr.MAHATHIR tetapi adalah kehendak Mahathir sendiri.

3. UIA siap dibina dan dirasmikan pada Oktober 1983 dan Tun Hussein dilantik menjadi Presiden UIA yang pertama.

4. Anwar kemudiannya dilantik menjadi Presiden UIA pada 1988 atas kapasitinya sebagai Menteri Pelajaran Malaysia yang sehingga kini menjadi satu daripada punca perubahan dalam UIA dan dikatakan ramai diantara mereka terpengaruh dengan idealisme Anwar Ibrahim.

Di antara AKHIR 1981 dan AWAL 1982 adakah ANWAR boleh mempengaruh MAHATHIR untuk menubuhkan UIA? Siapakah ANWAR ketika itu? Jika benar, UIA diilhamkan oleh ANWAR, kenapa Presiden Pertamanya bukan ANWAR IBRAHIM?

No comments: