Monday, January 7, 2013

MAHFUZ VS CEO TABUNG HAJI

CREDIT TO USTAZ NOR AZIZUDDIN ABDUL MANAN

1. Pertamanya, saya ingin mengungkap perkataan BODOH kepada Mahfuz Omar yang mengatakan gaji CEO Tabung Haji itu adalah bukti kelemahan Kerajaan Malaysia. Biasalah dengan sikap SRP Mahfuz Omar, sudah tahu sejauh mana mentalitinya berada.

2. Sebagai salah sebuah GLC yang mempunyai dana dan modal yang besar, semestinya individu yang diberikan amanah untukmengurus dana yang bernilai berbillion RM itu dikendalikan oleh mereka yang mahir dalam bidang pengurusan kewangan. Bukan kecil modal dan simpanan, tetapi ia melibatkan juga maruah dan kehormatan pendeposit yang menaruh harapan kepada Tabung Haji.

3. Pengalaman yang dimiliki oleh Dato' Ismee Ismail wajar dibanggai memandangkan beliau telah melonjak keuntungan TH melebihi RM 1,000,000,000,000.00 selama 5 tahun berturut-turut. Bukankah keuntungan ini patut dibanggai juga ?.

4. Mahfuz "Bean" Omar itu sepatutnya diingatkan bahawa, keuntungan TH bukan sahaja datang daripada pendepositi dan pelaburan umum semata-mata, ia juga turut dijana oleh kesungguhan 4 anak syarikat TH yang terlibat dalam pelbagai sektor yang terdiri daripada perladangan, hartanah, perkhidmatan dan teknologi. Secara langsung lonjakan keuntungan TH meningkat saban tahun. Semuanya ini mestilah datang daripada perancangan dan pelan yang dibincang dalam BOD TH serta dilaksanakan oleh CEO TH selaku pemegang amanah untuk melaksanakannya.

5. Jika Mahfuz "Bean" Omar itu mahu gaji CEO TH setakat RM5 atau RM6 ribu, berbaloikah dengan beban dan tanggungjawab besar yang terpaksa dipikul sementelah pula terpaksa membawa "amanah" seramai 7,800,000 pendeposit TH ?. Fikir logiklah dengan beban kerja selaku CEO TH, sewajarnya beliau layak dibayar dengan sejumlah RM85,000 ditambah pula dengan elaun2 serta bonus.

6. Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak dinyatakan tahap mentaliti pemimpin Pakatan, betul2 membuatkan kelucuan dan gelak hilai tawa masyarakat umum dengan sikap sebegini rupa.

7. Sebagai sebuah organisasi yang menguruskan pendepositi TH serta core bisnesnya iaitu menguruskan dan menyantuni urusan jemaah haji di Makkah, sewajarnya kita patut berbangga, TH yang dahulunya dilihat hanya sekadar organisasi menguruskan jemaah haji kini ia setanding dengan konglomerat yang lain. Keuntungannya turut dinikmati oleh 7.8 juta pendeposit bahkan perkhidmatannya di Tanah Suci "menjadi buah mulut penjaga dua kota suci umat Islam itu".

8. Cukup2lah Mahfuz "Bean" Omar, lagi banyak kamu "berkata-kata", lebih terserlah "kebodohan" kamu. Kepada pencacai2 Pakatan yang membaca posting saya, tolong sampaikan "amanah" ini kepada Mahfuz "Bean" Omar.

Artikel berkaitan :

1. http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-gaji-ceo-tabung-haji-ikut-peraturan-1.92558



2. http://www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/138111-isu-gaji-besar-ceo-tabung-haji-bukti-kelemahan-kerajaan-mahfuz.html

No comments: