Monday, January 7, 2013

ISU MIRZAN MAHATHIR

CREDIT TO SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PAGE

Seperti yang dijanjikan, saya selalu menerima pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.


1. Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2. Beliau seorang yang bijak dal
am perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3. Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4. Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filifina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5. Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp, Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

6. Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan. (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/
)

7. Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8. “Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9. Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”
11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”

12. Oh, kalau ada kata, orang Islam tak boleh makan dengan duit syarikat arak, semuanya bergantung kepada niat dan bukan kita untuk menghukum manusia yang lain. Bagaimana dengan nasib pekerja di 7 Eleven, atau di hotel yang sumbernya juga daripada arak?”Siapa kita untuk menghukum keislaman seseorang? Wallahualam

No comments: