Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 10

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI PERAK YANG PRIHATIN

Persatuan Penjaja Melayu Negeri menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri dalam pembentangan Bajet 2012 untuk memansuhkan lesen perniagaan tapak pasar malam dan pasar ramadhan sebagai satu pemberian yang amat besar maknanya.


Yang Di-Pertuanya, Datuk Omar Ahmad berkata dengan sumber pendapatan yang tidak menentu serta pelbagai bebanan yang lain, pemansuhan
lesen sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan kos harian setiap penjaja.

“ Usaha ini jelas menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin dan mahu membela nasib penjaja di negeri ini yang sememangnya memerlukan perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri..

“Tindakan yang diambil kerajaan ini merupakan satu langkah yang tepat mampu mengubah nasib dan meringankan bebanan yang ditanggung oleh penjaja khususnya bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan SUK, hari ini.

Dalam perbentangan Bajet 2012, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk memansuhkan lesen perniagaan tapak pasar malam dan pasar ramadhan yang bakal dinikmati oleh lebih 20 ribu penjaja seluruh negeri.

Ujar Dato Omar lagi ,bagi memastikan keistimewaan ini hanya dinikmati oleh penduduk tempatan sahaja beliau mahu Majlis-majlis Daerah melakukan pemantauan disetiap premis perniagaan yang dibuka.

” Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat mendapat hak yang sesuai dengan setiap pemberian yang disediakan Kerajaan negeri, ” katanya.

http://www.peraknews.com/v3/mansuh-lesen-niaga-persatuan-peniaga-rakam-penghargaan-kepada-kerajaan-negeri/

No comments: