Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 11

HAHAHAHAH PADANNYA MUKAAAA........ :p

Kerajaan negeri hari ini menarik balik usul penyelarasan elaun 59 wakil rakyatnya setelah Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Sitiawan) berdolak dalik dan enggan memberi satu kata putus untuk bersetuju dengan cadangan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang membawa usul bangun mencadangkan usul ditarik balik setelah Ngeh enggan memberi jawapan jelas sama beliau setuju Dewan meluluskan usul penyelarasan elaun kesemua wakil rakyat.

Ngeh telah diminta untuk menyatakan pendiriannya apabila beliau semasa sesi membahaskan usul tersebut mengalih fokus dengan membangkitkan isu ADUN pembangkang tidak mendapat peruntukan bagi kawasan mereka.

Beberapa ahli Dewan yang sedar dengan perbahasan Ngeh yang menyimpang, bangun meminta Ngeh memberi satu jawapan setuju atau tidak kepada usul yang dibawa.

Setelah permintaan mereka tidak dilayan Ngeh, Dr Zambry bangun meminta Ngeh untuk menyatakan pendiriannya dan Ngeh masih enggan memberi jawapan setuju tetapi sebaliknya cuba menegakkan isu ADUN pembangkang tidak mendapat peruntukan.

Sebelum itu, Dr Zambry bangun mencadangkan usul penyelarasan elaun melibatkan 59 wakil rakyat setelah mempertimbangkan cadangan Sum Cheok Leong (DAP-Bercham) dan Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) yang mahukan elaun wakil rakyat dinaikkan.

Di bawah usul itu, kerajaan negeri bakal memperuntukan RM1.2 juta bagi tujuan penyelarasan elaun yang sepatutnya berkuatkuasa Januari 2011.

Bercakap kepada pemberita di luar Dewan, Dr Zambry berkata usul itu ditarik balik kerana tidak ada persetujuan bersama setelah Ngeh menunjukkan sikap berdolak dalihnya.

“Kita tidak mahu terperangkap dengan permainan politik mereka. Apabila Ngeh enggan memberi satu kata putus, kita sudah dapat jangka langkah penyelarasan ini akan dipolitikan dan dimanipulasi pembangkang. BN akan dipersalahkan sebagai pihak yang mahu penyelarasan walaupun hakikatnya cadangan datang daripada wakil pembangkang sendiri,” katanya.

Dr Zambry berkata beliau sememangnya sudah dapat membaca taktik pembangkang apabila ketua pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) meninggalkan Dewan sejurus sebelum usul penyelerasan elaun itu dibacakan.

“Malah Pantai Remis (Nga Kor Ming) awal-awal lagi meninggalkan Dewan supaya dapat mengelak daripada memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Menurut Dr Zambry lagi kerajaan negeri bersetuju untuk membawa usul itu setelah merasakan cadangan penyelarasan elaun itu wajar berikutan elaun yang diterima wakil rakyat Perak ketika ini merupakan negeri kedua terendah dalam negara.

http://www.peraknews.com/v3/usul-penyelarasan-elaun-wakil-rakyat-ditarik-balik/

No comments: