Monday, November 21, 2011

Melayu DAP lebih winnable candidates dari PAS dan PKR?

DAP Melayu: Rancak rekrut calon winnable...

Oleh Zaini Hassan

MINGGU lalu saya menCuit mengenai hal ini. Difahamkan ada yang terasa dan melenting, terutama di kalangan mereka yang terlibat.

Apa yang nak dimarahkan. Kalau betul mengaku sajalah. Inikan negara demokrasi. Janganlah ada yang mengugut mahu menyaman saya kerana menyiarkan calling card DAP seorang Leftenan Kolonel itu.

Namun, selepas Cuit itu keluar saya mendapat lagi banyak maklumat. Tapi seperti biasa saya tidak boleh mendedahkan secara terbuka dan terang-terangan.

Saya berharap orang yang terlibat jadilah ‘anak jantan’ dan mengaku sajalah, apa yang nak ditakutkan. Dalam perjuangan mana ada istilah takut-takut.

Saya berharap para pemimpin DAP juga berterus teranglah. Anda semua mahu merekrut dan mengasuh calon-calon Melayu berstatus frust ini yang anda anggap sebagai calon boleh menang atau winnable candidates.

Tapi persoalan yang saya lontarkan minggu lalu, Pas tak terasa tergugatkah dengan tindakan senyap-senyap DAP ini? PKR pula macam mana?

Apakah orang Melayu yang hebat-hebat ini sudah tidak yakin dengan Pas dan PKR? Apakah DAP pun sudah pandai main tikam belakang?

Yalah, Pas ini hanyalah parti hingar-bingar sahaja. Hanya tahu palu gendang sentimen orang Melayu tak habis-habis. Yang rugi ialah umat Melayu Islam keseluruhannya.

PKR pula ialah parti yang tunggu masa nak tersungkur. PKR ialah parti yang hanya dihidupkan untuk mempertahankan Anwar Bin Ibrahim semata-mata. Ia tiada falsafah perjuangan yang jelas.

Pas, nampaknya sudah tiada haluan. Di dalam parti itu sendiri difahamkan sedang berlaku kacau-bilau di antara pelbagai kumpulan.

PKR pula macam-macam masalah. Di Selangor sendiri, mereka mahu menumbangkan Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Sekumpulan ADUN dan MP Pakatan mendesak Khalid letak jawatan dan berundur. Mereka beranggapan Khalid tidak efektif dan menyusahkan strategi politik mereka.

Kelmarin (Isnin) dikhabarkan Khalid sepatutnya mengadakan satu sidang akhbar, lazim diadakan selepas perhimpunan bulanan Kerajaan Selangor. Namun difahamkan ia dibatalkan pada saat-saat terakhir.

‘‘Dia terus belah naik kereta,” kata satu mesej SMS kepada saya. Mungkin Khalid sudah bosan dan fed-up dengan perangai ADUN-ADUN dan Exco-exconya yang mahu menendang dia keluar?

Difahamkan satu portal berita, antarapos.com baru diwujudkan. Dikatakan, ia diasaskan oleh seorang think-tank media pakatan. Tapi kandungan portal itu banyak menghentam Menteri Besar, Khalid dan Kerajaan Selangor.

Oleh itu, apa sudah jadi? Selangor ini juga sudah kacau-bilau.

Berbalik kepada DAP, ia adalah sebuah parti yang strategik. Ia bergerak secara halus, senyap-senyap kerana ia kini yakin orang Cina di belakangnya.

DAP cukup yakin walaupun mereka meletak calon Melayu di kawasan Cina, calon-calon itu akan menang. Orang Melayu ini sudah tidak peduli walaupun DAP ialah parti yang terkenal dengan pendekatan cauvinisnya dan sering menentang dasar-dasar berkepentingan Melayu.

Saya difahamkan selain Lt. Kol. yang disebut minggu lalu, ada tiga orang lain calon Melayu iaitu seorang berpangkat Datuk (bekas wakil rakyat BN sebuah kawasan di Pahang). Dia dikhabarkan akan bertanding di sebuah kawasan di negeri itu juga. Saya tidak mahu innuendo, atau berkias banyak-banyak nanti orang kenal.

Seorang lagi ialah (lagi memeranjatkan) bekas OCPD, ketua polis sebuah daerah di selatan tanah air. Difahamkan dia akan bertanding di sebuah kawasan di Perak.

Sementara itu, seorang lagi ialah mastermind yang menjadi perancang merekrut calon-calon Melayu. Dia akan bertanding dalam sebuah DUN di Seremban. Dia ini amat dikenali dalam lingkungan politikus.

Belum sampai masa saya mendedahkan secara detail calon-calon ini. Biarlah tuan-tuan tubuh itu sendiri keluar.

Seperti mana yang saya kata tadi, Malaysia ialah negara demokrasi, buat apa sembunyi-sembunyi.

Wahai bakal calon Melayu DAP ini, perkenalkan diri tuan-tuan, lagi pun pilihan raya sudah dekat dan rakyat nak tahu...

---------------------

Apa sudah jadi?

Calon melayu drp PKR dn PAS sudah'tamat tempoh perkhidmatan' ke?
· · · 11 minutes ago

  • You like this.

    • Norazniza Abdul Karim winnable candidates xde dlm PAS dan PKR ke?
      10 minutes ago ·
    • Emma Harith ni kena di jawab oleh pkr dn pas..
      9 minutes ago ·
    • Emma Harith kita 'org luar' hanya mampu utk bertanya dn melihat shj
      9 minutes ago ·
    • Norazniza Abdul Karim DAP dah nampak... pas dan pkr x nampak ke
      9 minutes ago ·
    • Emma Harith hanya mereka yg tahu knp pas dn pkr sudah dirasakan tak relevan oleh DAP utk kmenangan PR..
      9 minutes ago ·
    • Emma Harith nampak sgt yg mencaturkan politik PR ini adalagh DAP...
      8 minutes ago ·
    • Norazniza Abdul Karim x rasa tergugat ke pas dan pkr dengan apa yg dap buat ni?
      8 minutes ago ·
    • Norazniza Abdul Karim adakah pas akan terus mengekalkan 60 kerusi yg dipertandingi atau terus dikurangkan dengan alasan xde winnable candidates?
      8 minutes ago ·
    • Norazniza Abdul Karim dan adakah 60 kerusi ni akan terus menjadi rebutan antara dap dan pkr pula seperti mana berlaku di pilihanraya sarawak
      7 minutes ago ·
    • Emma Harith yang emma mahu lihat...apa tindakan pas dn melayu pkr dlm menangani hal ini..
      7 minutes ago ·
    • Emma Harith terutamanya nya azmin ali..sbb dia adalah 'ketua' melayu dlm pkr...kalau anwar jgn harap la nak fight utk ahli2 melayu dia...
      6 minutes ago ·
    • Norazniza Abdul Karim dulu mereka kata xnak sentimen MELAYU ni tapi kenapa kini dap pula dah ambil sentimen MELAYU ni
      6 minutes ago ·
    • Emma Harith tu la pasalnya...dulu kata melayu teruk..melayu bodoh itu lah inilah...
      6 minutes ago ·
    • Emma Harith skrg nak calon melayu pulak...adakah melayu yg diambil ini berkriteria teruk dn bodoh?
      5 minutes ago ·
    • Norazniza Abdul Karim dan adakah sentimen melayu dalam pas dan pkr ni masih lg blh digunapakai?
      5 minutes ago ·
    • Norazniza Abdul Karim jika dilihat pengundi TERBESAR dlm negara dalah MELAYU dan kenapa pas dan pkr x nampak? kenapa DAP lebih nampak?
      4 minutes ago ·

No comments: