Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 2

BILA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BUAT XDE LAK DEPA MELALAK... APA PUNYA DOLLLLL LA DEPA NI

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir meminta pembangkang jangan mempolitikkan isu kerajaan menjual aset negeri kepada kerajaan Persekutuan kerana perkara yang sama turut dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang di Pulau Pinang.

Katanya, pembangkang mula tergugat apabila beliau mengumumkan bahawa kerajaan negeri mengambil langkah yang sama seperti mana dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang

“Apabila kita mengumum langkah itu, pembangkang menuduh kita menjual aset negeri, sepatutnya mereka kena tanya rakan DAP mereka di Pulau Pinang buat benda yang sama.

“Bila kita nak buat mereka mula merasa tergugat,’’ katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2012 Negeri Perak Darul Ridzuan pada Persidangan Dewan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Dr. Zambry semasa membengtangkan Bajet 2012 berkata, jumlah hutang kerajaan negeri dari Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM970.59 juta akan berkurangan dengan ketara kepada hanya RM78.66 juta apabila perjanjian migrasi asset Lembaga Air Perak (LAP) dengan Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dimeterai kelak yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai langkah itu, katanya, ia masih dalam proses kerana kerajaan mahukan `deal’ yang baik.

Ditanya apakah Bajet ini Bajet pilihanraya, Dr. Zambry berkata, yang lebih penting kerajaan sediakan untuk kesejahteraan semua.

“Pendekatan kali ini kita terpulang kepada semua untuk mentafsirkannya,’’ katanya.

Mengenai pengasingan hasil yang tidak menepati prinsip syariah, Dr Zambry berkata, perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat kerana ada kewajarannya untuk dilaksanakan bersama

“Apapun yang penting ia tetap menjadi akaun yang disatukan, cuma yang dibezakan sumber itu yang diletakkan dalam satu akaun khas.

“Jadi bila kita nak belanja untuk pembangunan kita tahu hasil-hasil itu daripada mana,’’ katanya dan menambah beliau tidak pasti sama ia pendekatan ini merupakan yang pertama dilaksanakan di negeri Perak.

Dr. Zambry semasa membentangkan Bajet negveri 2012, berkata, hasil dan terimaan pembangunan 2012 yang dianggarkan sebanyak RM865.12 juta yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil sebanyak RM817.12 juta dan terimaan pembangunan sebanyak RM48 juta.

Katanya, buat pertama kali hasil yang bakal diterima nanti akan dibuat pengasingan dengan hasil yang tidak menepati prinsip syariah.

Bagi tujuan itu, katanya, satu akaun khusus akan dibuka di bank bertujuan untuk kemasukan hasil yang tidak menepati prinsip syariah ini.

Walaubagaimanapun, Dr. Zambry berkata, akaun ini tetap menjadi sebahagian daripada akaun hasil disatukan dan akan digunakan untuk tujuan membiayai projek pembangunan.

http://www.peraknews.com/v3/jangan-persoal-tindakan-perak-jual-aset-negeri-dr-zambry/

No comments: