Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 6

KALO MUFLIS X BERBAYO LER GAJI2 PEGAWAI2 KERAJAAN TU.....

Keputusan kerajaan negeri berhubung perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP)dengan Syarikat Pengurusan Air Berhad (PAAB) akan mematikan putar belit pembangkang selama ini kononnya kerajaan negeri di ambang muflis.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry berkata, dengan perjanjian migrasi itu hutang kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM970.59 akan berkurangan dengan ketara kepada hanya RM78.66 juta apabila perjanjian migrasi aset LAP dengan pengurusan PAAB dimeterai kelak yang dijangka berlaku dalam masa terdekat

Katanya selain Perak, perkara sama turut dibuat oleh lain-lain negeri termasuklah negeri yang ditadbir pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Katanya, perjanjian migrasi itu adalah pendekatan baru baru yang diwujudkan oleh sebuah perbadanan air yang menguruskan air negara.

“Pendekatan PAAB adalah yang terbaik dan sebab itu semua negeri temasuk Pulau Pinang membuat keputusan sama. Sebab itu Guan Eng boleh berkata Pulau Pinang sudah tidak ada hutang lagi,’’ katanya pada Program Selamat Pagi Perak Bersama Dr. Zambry di Perakfm hari ini.

Menurut Dr. Zambry, di Perak kerajaan memberi penekanan yang lebih sebelum meterai perjanjian migrasi bagi memastikan satu urusan `deal’ yang baik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Walaupun migrasi aset akan berlaku, sumber air dan keuntugan LAP tidak akan diusik oleh PAAB. Ini bukan kita jual LAP.

“Keuntungan Air Perak sebanyak RM100 juta tetap kita punya, cuma aset-aset pengurusan itu saja umpamanya nak buat empangan baru dimana memerlukan pinjaman bank yang lebih tinggi maka kerajaan Persekutuan menggunakan pendekatan mewujudkan PAAB bagi memberikan pinjaman itu ,’’ katanya.

http://www.peraknews.com/v3/migrasi-aset-lap-matikan-putar-belit-pembangkang-kerajaan-muflis/

No comments: