Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 3

TAHNIAH KAKITANGAN SOKONGAN KERAJAAN DI NEGERI PERAK....

Pembentangan Bajet 2012 membawa berita baik kepada pesara kumpulan sokongan apabila kerajaan negeri bersetuju memperkenalkan pemberian khas berupa Sijil Amanah Saham Wawasan bernilai RM3,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pemberian ini akan melibatkan anggota-anggota di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun yang keseluruhannya melibatkan peruntukan sebanyak RM 2 juta.

“Melalui pemberian ini, simpanan (pelaburan) berserta dividen yang bakal diperolehi sepanjang tempoh simpanan pastinya dapat dimanfaatkan oleh penjawat awam tersebut semasa mengharungi zaman persaraan mereka.

“Pemberian ini adalah bukti pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam di sebalik adanya ura-ura pihak tertentu mahu mengurangkan bilangan penjawat awam, “ katanya.

Faedah lain yang disediakan untuk penjawat awam adalah pelaksanaan sistem baru pelarasan gaji melibatkan peruntukan sebanyak RM 18 juta.

Di bawah sistem baru ini, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan antara 7 hingga 13 peratus iaitu antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

“ Pelarasan ini adalah testimoni keprihatinan pihak Kerajaan Barisan Nasional terhadap kebajikan warga perkhidmatan awam,” kata beliau.

Berita baik yang sama turut diterima penjawat awam negeri ini semasa pembentangan Bajet Persekutuan Tahun 2012 pada 7 Oktober 2011 lalu yang telah mengumumkan pelaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai tahun 2012.

Bagi meningkatkan lagi kecemerlangan penjawat awam, sebanyak RM100,000 disediakan untuk kerja-kerja awalan pembinaan sebuah institut latihan yang baru serba lengkap dengan kemudahan bagi menggantikan Institut Pegawai Awam yang sedia ada di Jalan Raja DiHilir, Ipoh.

Institut yang baru ini juga akan turut digunakan untuk latihan kepimpinan, kenegaraan dan juga kursus pengupayaan golongan yang memerlukan.

Dr Zambry berkata, penambahbaikan institusi ini merupakan satu usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi kecemerlang perkhidmatan awam di negeri ini supaya semua penjawat awam dapat memperlengkapkan diri bagi menghadapi sebarang cabaran.

Majlis Transformasi Agensi Perak (MANTAP) merupakan satu lagi inisiatif yang dibawa Kerajaan Negeri dalam usaha memantapkan lagi keupayaan penjawat awam, dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Melalui program ini, kata Menteri Besar, jentera kerajaan akan dimantapkan lagi dengan penggunaan teknik-teknik dan pendekatan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy).

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Pejabat Kewangan Negeri atas kejyaan mendapat penarafan 4 Bintang Indeks Akautabiliti.

Katanya penarafan yang berprestij ini merupakan tahun ke tiga beruturu-turut daripada Ketua Audit Negara.

http://www.peraknews.com/v3/pesara-kakitangan-sokongan-dapat-unit-saham-bernilai-rm3000/

No comments: