Saturday, November 12, 2011

Isu National Feedlot Corporation (NFC)

1. Matlamat utama perlaksanaan Pusat Fidlot Nasional (PFN) adalah untuk mewujudkan system pengeluaran daging lembu fidlot secara komersil sepanjang rantaian nilai (value chain) bagi meningkatkan pengeluaran daging Negara.

2. Untuk merealisasikan perlaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek ini.

3. Hanya 6 buah syarikat yang membentangkan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan oleh YB Menteri MOA pada 25 September 2006.

4. Jawatankuasa ini telah bersetuju memilih dua syarikat untuk melaksanakan projek ini, tetapi salah satu dari syarikat tersebut telah menarik diri.

5. Oleh itu, syarikat Agroscience Industries, yang menubuhkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd sebagai integrator (di mana kerajaan memegang saham Golden Share), telah diberi tugas melaksanakan projek ini.

6. Pada 14 Ogos 2007, Kementerian Kewangan telah meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM 250 juta kepada syarikat berkenaan untuk mempercepatkan pembangunan dan persediaan bukan sahaja untuk syarikat ini, tetapi untuk segala infrastruktur komersil sepanjang rantaian nilai (value chain) untuk membolehkan pembangunan ‘Entrepreneur Development Program’ yang akan melibatkan 310 peladang dan penternak di seluruh negara.

Di antara penggunaan pinjaman tersebut adalah:

1. Pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang, makmal dan sebagainya yang boleh menampung keperluan keseluruhan projek ini

2. Memenuhi konsep pembangunan PFN yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Integrator PFN meliputi rangkaian pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bekalan input secara bersepadu serta membangunkan peladang kontrak iaitu ladang satelit dengan bertindak sebagai integrator

3. Membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia

4.Menjanakan kapasiti membangunkan industri pedaging negara dari aspek penghasilan produk termasuk hasil hilirannya, membawa dan mengadaptasikan teknologi penghasilan ternakan, menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam system pengeluaran dan juga pemprosesan, dan melaksanakan pemindahan teknologi baru dalam pengeluaran ternakan rangkaian PFN.

a. Pinjaman dn persediaan am

1. Kementerian Kewangan telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM 250 juta kepada NFC bagi tujuan membiayai kos. pembangunan dan operasi Pusat Fidlot Negara.

2. Ia bukanlah geran percuma, tetapi ia perlu dibayar balik

3. Laporan Pihak media internet pro-pembangkang dan pemimpin pembangkang bahawa Laporan Ketua Audit Negara menyatakan Pusat Fidlot Nasional gagal adalah sesuatu yang tidak benar.

4. Pusat Fidlot Nasional tidak dikategorikan sebagai ‘gagal’ dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa yang dilaporkan ialah NFC lewat/gagal menandatangani Perjanjian perlaksanaan. Namun, ia telah ditandatangani kemudian pada 8 Mac 2010.

5. Keluasan kawasan projek telahpun dikecilkan di mana 1500 ekar shj yg diluluskan kpd NFC secara pajakan 30 tahun daripada Perbadanan Menteri besar Negeri sembilan.

6. In kerana infrastruktur yang disebut di dalam audit telah dibina sebelum NFC mengambil alih kawasan tersebut. Di mana, sebelum itu kerosakan infrastruktiur telah berlaku dgn agak teruk akibat banjir besar di kawasan Gemas pada awal bulan februari 2010.

7. Media pembangkang telah salah lapor bahawa Laporan Ketua Audit Negara menyatakan NFC gagal mencapai matlamat 8000 ekor pada tahun 2010, sedangkan laporan ketua audit tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamt. Di mukasurat 138, tercatat bahawa “sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai.”

8. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8016 ekor bagi tempoh 2008 – 2010, dan daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga akhir bulan November 2010. Oleh itu, sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya telah tercapai.

9. Dalam masa 3 tahun, merintis jalan dan membina infrastruktur operasi untuk Pusat Fidlot Nasional dan juga ‘mini-abattoir’ (rumah sembelihan) bertaraf antarabangsa

10.NFC telahpun membina ‘supply chain’ dari ladang ke meja makan (from farm to fork) dengan membina operasi feedlot, rumah sembelih, system logistik dan penghantaran (logistic and delivery fleet / cold trucks), serta membina pasaran yang mengenalpasti produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi.

11. Ini adalah sebagai persediaan untuk Entreprenour Development Program. Produk pengusaha-pengusaha luar bandar yang menyertai ‘Entrepreneur Development Program’ akan disalurkan ke pasaran ini. NFC telahpun membina pasaran ini walaupun bukan satu perkara yang mudah.

12. Membina francais restoran ‘MeatWorks’ sebagai salah satu saluran untuk memasukkan daging negara kedalam pasaran dan membina ‘branding’ untuk daging dari NFC dan juga ‘Entrepreneur Development Program’ selepas ini.

13. Objektif projek NFC belum dicapai sepenuhnya disebabkan Entrepreneur Development Program bagi melahirkan 130 pengusaha landing satelit belum dilaksanakan. Ini kerana, program tersebut adalah merupakan Fasa 2 bagi pembangunan NFC.

14. Fasa 2 ini akan mengumpulkan 310 pengusaha feedlot satelit di seluruh negara dn akan dibangunkan bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan penampungan keperluan daging lembu negara sebanyak 40% akan menjadi kenyataan.

15. Program ini tidak boleh dimulakan lebih awal kerana ia akan membebankan penternak-penternak jika dilaksanakan tanpa ada infrastruktur dan terutamanya pasaran di mana produk mereka boleh disalurkan.

16. Tanggungjawab untuk menjual segala produk yang dikeluarkan oleh ‘Entrepreneur Development Program’ ini dibawah naungan National Feedlot Corporation. Pasaran perlu di bina dahulu bagi mengurangkan beban peladang dan penternak negara untuk mencari pasaran, sebaliknya membolehkan mereka fokus kepada isu-isu operasi and penjagaan lembu.

17.Entrepreneur Development Program bagi Pusat Fidlot Nasional adalah berlandaskan 2 keperluan khusus untuk membolehkan ia berjaya. Pertama adalah pasaran untuk produk daging lembu dan juga mekanisma penghantaran produk, yang sudah dibina dan sedang dibesarkan oleh pihak NFC. Kedua adalah ‘export quality abattoir’ yang akan dibina oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

b. Mekanisma pemasaran

1. NFC, dalam masa singkat 3 tahun, telahpun membina semua infrastruktur, mekanisma dan logistic penghantaran produk ke dalam pasaran.

2. Pada waktu ini, produk NFC, sudahpun berjaya memasuki hampir kesemua hypermarket besar di negara, termasuk Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant, pasar-pasar tani seluruh negara, dan juga pasaran ‘horeca’ (hotel-restaurant-catering) dan syarikat-syarikat pengeluar makanan downstream seperti burger dan hotdog.

3. Pembinaan pasaran ini amat penting supaya segala hasil daripada Entrepreneur Development Program mempunyai pasaran sedia ada dn akan mempunyai 'niche' tersendiri , dan bukan sahaja tergantung tanpa pasaran. ‘Gemas Gold’ adalah diantara produk yang berada di pasaran pada waktu ini.

c. ‘Export Quality Abattoir’ (Rumah sembelihan bertaraf dunia)

1. ‘Export Quality Abattoir’ (Rumah sembelihan bertaraf dunia) akan dibina oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Abattoir ini boleh menampung jumlah sembelihan sehari sehingga 1000 ekor.

2. Pada waktu ini, NFC sendiri telahpun membina ‘mini export-quality abattoir’ yang boleh menyembelih 50 ekor sehari.

3. Abattoir yang dibina NFC sudah dapat mencapai segala akreditasi quality dan kebersihan bertaraf antarabangsa seperti VHM, HAACP, halal dan sebagainya, dan beroperasi menyembelih antara 20 – 50 ekor sehari, mengikut keperluan pasaran semasa.

d. Pencapaian 40% keperluan daging negara dn infrastruktur

1. Keperluan daging negara 40% akan dicapai dengan persiapan dan pengelolaan ‘Entrepreneur Development Program’

2. Entrepreneur Development Program ini juga akan menjayakan industri daging negara dan petani-petani seluruh negara.

3. National Feedlot Corporation (NFC) diberi tanah 5000 ekar secara percuma adalah tidak benar. NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI).

4. NFC memang tidak membina infrastruktur Projek Fidlot Nasional (jalan masuk, pagar, penyediaan tanah dll) dengan betul dan lengkap. Ini kerana, kerja penyediaan tanah dan lokasi Pusat Fidlot Nasional tidak diberi kepada NFC.

5. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa kontrak bernilai RM 19.86 juta dan RM 11.48 juta diberi kepada APT Equity Sdn Bhd pada tahun 2007 untuk membina infrastruktur seperti merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput, membangunkan infrastruktur pengairan, serta kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang .

6. Isu yang dibangkitkan di dalam audit seperti benteng runtuh, pagar tumbang, paras air cetek di kolam dan sebagainya merupakan kesan daripada banjir besar yang melanda Gemas di awal bulan Februari 2010.

7. Kesan banjir ini membawa beberapa kerosakan infrastruktur kepada tapak Pusat Fidlot Nasional.

8.Banjir ini juga menyebabkan pekan Gemas hampir tenggelam dan membawa kepada kerosakan infrastruktur dan kehilangan harta-benda serta nyawa tergadai

9. PFN juga menghadapi bencana ini dengan mengalami beberapa kerosakan kepada infrastrukturnya



No comments: