Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 8

KULI DAP MMG MCM NI.... HAHAHAH... KESIAN..... JADI PENCACAI DAP JE

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) didakwa berbohong ketika sesi perbahasannya semalam berkenaan isu kelulusan tanah seluas 547 ekar kepada seorang individu di Sungkai, kata Pengerusi Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Nadzri Ismail.

Beliau turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang itu yang membuat tuduhan kononnya tanah itu diluluskan kepada pihak ketiga sewaktu pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Nizar dalam perbahasannya menuduh kononnya BN yang meluluskan tanah itu kepada seorang individu tetapi mengikut rekod, permohonan tanah mula dibuat pada 13 April 2008 dan diluluskan pada 23 Julai 2008 manakala surat tawaran diterima pada 26 Ogos 2008.

“ Ini jelas membuktikan pembohongan Nizar dalam perbahasannya dan cuba memanipulasi pelbagai isu. Banyak lagi pembohongan Nizar yang dapat dikesan dalam perbahasannya semalam, “ katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Nadzri turut membidas perbuatan ketua pembangkang itu yang dianggap bersikap biadap terhadap Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semasa memulakan ucapan perbahasannya semalam.

“ Masa mula-mula berucap, Nizar ada mengucapkan Selamat Hari Deepavali dalam bahasa Tamil..tetapi akhirnya dia menyindir kononnya Menteri Besar akan terasa jika dia terus bercakap dalam bahasa Tamil.

“ Sebagai seorang individu yang pernah bergelar Menteri Besar, sepatutnya dia tidak layak berkata begitu yang boleh dianggap sebagai menghina,” kata Nadzri.

http://www.peraknews.com/v3/nizar-berbohong-isu-kelulusan-547-ekar-tanah-nadzri/

No comments: